Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nga.jat] | ڠاجت

Definisi : sj tarian tradisional suku kaum Iban Kenyah, Kayan, Dayak Darat, dan Bidayuh di Sarawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngajat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Lelaki Iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajat. (ngajat, "n" perlu huruf besar?Tarian Ngajat sebagai kata nama khas perlu ditulis huruf awalnya dengan huruf besar.Tatabahasa18.06.2012
Salam sejahtera. - tarian ngajat/ tarian Ngajat / Tarian Ngajat Yang manakah betul ? T.kasih.Ejaan yang betul ialah tarian ngajat.Ejaan26.07.2016
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang a) tarian Singa / Tarian Singa b) hari Deepavali / Hari Deepavali c) tarian Ngajat / Tarian Ngajat yang mana cara tulisnya betul ? Dalam buku teks KSSR tahun 1 yang ditulis ialah tarian Singa , hari Deepavali dsbnya manakala dalam buku teks KSSR tahun 2 pula bukan seperti itu pula? Apakah cara yang lebih tepat boleh saya terangkan kepada anak murid saya untuk menguasai kemahiran tanda baca -- huruf besar .Merujuk pangkalan data kami ejaan yang betul ialah tarian singa, tariang ngajat dan Hari Deepavali. Walau bagaimanapun maklumat yang tuan berikan akan kami sampaikan kepada Bahagian Buku Teks untuk kami buat semakan.Ejaan18.07.2012
Saya telah membaca maklum balas yang terdapat dalam bahagian carian kata tentang 'tarian ngajat'. Ada beberapa jawapan yang tidak sama tentang kata majmuk 'tarian ngajat'.Jadi, 'tarian' ngajat' perlu ditulis huruf besar pada pangkal setiap perkataan sekiranya ialah kata nama khas kerana dalam Kamus Dewan ditulis huruf kecil pula.Dalam Kamus Dewan, tarian ngajat dieja dengan huruf kecil, penanda bagi kata nama am.  
Contoh ayat: Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat.
Tatabahasa12.07.2017
tarian naga adakah sama dengan Tarian Ngajat juga Kata Nama Khas?perlukah huruf besar?Kalau tarian ngajat dalam ayat perlukah huruf besar?(sebab saya mendapati penjelasan arkib soalan mengatakan bahawa dalam ayat tarian ngajat perlu huruf besar sedangkan ia merupakan Kata Nama Khas.)Dalam Kamus Dewan ngajat dieja dengan huruf kecil maka ngajat tidaklah diklasifikasikan sebagai kata nama khas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa20.06.2013
tarian ngajat, "t" iaitu tarian perlu huruf besar dan "n" iaitu ngajat perlu huruf besar?Sebagai nama khas Tarian Ngajat hendaklah ditulis dengan awalan huruf besar.Ejaan18.06.2012
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih.Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya.Tatabahasa10.09.2008
1) "tarian ngajat" perlu huruf besar dalam sebuah ayat ? 2) "hari deepavali " perkataan hari perlu huruf besar ? Terima kasih.1. Dalam ayat, tarian ngajat dieja dengan huruf kecil.
2. Ejaan yang betul ialah Hari Deepavali.
Ejaan22.06.2012
Salam sejahtera. Minta ajar..... Oleh sebab Tarian Ngajat merupakan nama sejenis tarian tradisional, jadi ia dikategori sebagai kata nama khas atau tidak? perlu dieja dengan huruf besar? Terima kasih....Dalam Kamus Dewan, tarian ngajat dieja dengan huruf kecil, penanda bagi kata nama am.Ejaan01.08.2016
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Untuk ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik dan nama permainan yang mempunyai nama spesifik. Adakah perlu perkataan tersebut ditulis menggunakan huruf besar dan sebagai kata nama khas? Misalnya: kuih ketayap atau Kuih Ketayap. alat muzik kulintangan atau Alat Muzik Kulintangan. . tarian ngajat atau Tarian Ngajat. Terima kasih.Berkenaan soalan tuan/puan seperti di atas, ejaan nama benda seperti kuih, alat muzik, nama permainan dan lain-lain yang mempunyai nama spesifik ditulis dengan huruf kecil contohnya seperti kuih ketayap, kulintangan dan tarian ngajat.Ejaan04.06.2018
12

Kembali ke atas