Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ngam] | ڠم

Definisi : bp cocok, sesuai, sepadan, sehati: dia tidak ~ dgn saya; ngam-ngam cukup-cukup, genap-genap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ngam (adjektif)
Bersinonim dengan cocok, sesuai, sepadan, sehati;,
Kata Terbitan : ngam-ngam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. "Snugly fit" to be translated into Bahasa Melayu is "muat padan"? any better translation? Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi snugly fit ialah muat padan atau ngam-ngam.Penyemakan dan penterjemahan24.10.2023
Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan "ngam" digunakan dalam media pengiklanan memandangkan perkataan itu sudah menjadi kebiasaan orang ramai? Contohnya, "Tawaran ini sangat hebat. Memang ngam!"

Perkataan “ngam” menurut Kamus Dewan Perdana (halaman 1531) bermaksud sesuai atau kena benar, atau sangat baik dan sehaluan dalam segala perkara yang dilakukan.

Perkataan “ngam” merupakan bahasa basahan atau percakapan (kolokial) dan tidak dibolehkan penggunaannya dalam konteks rasmi. Iklan merupakan ranah rasmi dengan penggunaan bahasa yang baku dan gramatis.

Penggunaan perkataan yang sesuai bagi menggantikan perkataan “ngam” ditunjukkan dalam contoh ayat yang berikut:

1. Baju ini sesuai dengan badan awak.

2. Hubungan kami bertiga sangat akrab/baik sejak kecil.

Tatabahasa04.07.2023
bagaimana sebutan yg betul bagi perkataan seperti mengangkat,mengambil,? adakah meng angkat atau me ngang kat, me ngam bil atau meng ambil? tkasihSebutan yang betul ialah: me - ngang - kat dan me - ngam - bil.Tatabahasa21.10.2011
Apakah suku kata bagi perkataan "mengambil". Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan "Mengambil"  ialah [me.ngam.bil], iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bunyi bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan bunyi). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (men.gam.bil. )Ejaan24.05.2018
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih.

Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah:

1. me/nye/dia/kan
2.pa/kaian
3.ja/ngan
4. men/de/ngar
5. te/ngah
6. me/nye/pak
7. de/ngar
8. me/ngam/bil
9. me/nyim/pan
10. per/mai/nan
11.de/ngan
12. mem/pu/nya/i
13. me/nyen/tuh
14. me/na/ngis

Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut.

 

 

Tatabahasa28.04.2010

Kembali ke atas