Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nga.nga] | ڠاڠا

Definisi : terbuka luas-luas (mulut dll); menganga 1. membuka mulut (lebar-lebar); 2. ki tidak dapat lagi (apa yg dihajatkan dll), melepas: kalau saya bertanya, awak kata nanti, apabila diambil orang kelak baru awak ~; mengangai membuka mulut terhadap (kpd); mengangakan membuka mulut lebar-lebar (luas-luas): maka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasul Allah; ternganga 1. terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas: maka mulutnya yg ~ itu pun terkatuplah; ia memandang pintu yg ~ lebar; 2. ki (hairan) tercengang: ia ~ mendengar ayahnya hendak berkahwin lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nga.nga] | ڠاڠا

Definisi : ; menganga 1 membuka mu­lut luas-luas. 2 ki tidak memperoleh apa-apa yg dihajati (kerana telah di­am­bil orang dsb): Isilah borang ini dgn betul supaya apabila orang lain dpt, awak tidak ~ lagi. mengangakan mem­buka (mulut dll) luas-luas atau lebar-lebar. ternganga 1 terbuka luas-luas atau lebar-lebar (bkn mulut, pintu dll): Mulutnya ~. Pintu rumah itu ~. 2 ki hairan dan tercengang (kerana mendengar sesuatu dll): Dia ~ men­dengar berita yg memeranjatkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nganga
Kata Terbitan : menganga, mengangakan, ternganga,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah tuan beri takrifan 'digraf' dan 'diftong' beserta contoh-contohnya. Terima kasih.Penjelasn yang tuan kemukakan betul. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh dalam perkataan nganga, nyamuk, syiling, khemah dan ghaib.  Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.Tatabahasa26.01.2014
Assalamualaikum. Saya ingin tahu di manakah kedudukan huruf digraf contohnya ny dalam pembentukan perkataan? Adakah huruf digraf boleh berada di hadapan, tengah atau belakang dalam mana-mana pembentukan perkataan?Huruf digraf boleh berada di hadapan, tengah dan hujung dalam perkataan, seperti krayon, nganga dan lubang.Tatabahasa15.03.2014
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung

Encik Badarul,

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat.

 

Ejaan28.12.2010
ASSALAMUALAIKUM.. saya keliru tentang diftong dengan vokal berganding, digraf dengan konsonan bergabung. bolehkah pihak DBP memberi penerangan yang jelas agar saya dapat membezakan kedua-dua aspek tersebut. ini kerana berdasarkan apa yang saya pelajari semasa STPM dulu, terdapat beberapa kekeliruan dalam beberapa buah buku seperti bacalah sayangku tentang pengkategorian aspek-aspek yang saya nyatakan tadi. kalau boleh disertakan dengan contoh berkaitan lebih baik. terima kasih.
Waalaikumsalam.
1. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi.
2. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
3. Digraf - ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala diagraf dikenal sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai diagraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.
4. Konsonan Bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Istilah12.11.2014

Kembali ke atas