Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nga.rai] | ڠاراي

Definisi : (Geog) lurah dalam yg bercerun tinggi dan curam, biasanya ada sebatang sungai mengalir di sepanjang dasarnya, kanyon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nga.rai] | ڠاراي

Definisi : Kl bermimpi, mengigau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nga.rai] | ڠاراي

Definisi : lembah atau jurang yg dalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngarai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Saya terangkan secara pendek berkenaan dengan street canyon. 'Street canyon' merupakan kawasan diantara bangunan. Ia hanya terdapat di kawasan bandar. Ia merangkumi jalan raya, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Contoh 'street canyon' adalah seperti di dalam gambar yang bernama 'chicagocanyon2'. Istilah street canyon ini mungkin juga boleh disamakan dengan Grand Canyon di USA dimana ia terbentuk hasil hakisan angin dan air. Tapi street canyon adalah dari buatan manusia.Merujuk istilah geologi, canyon ditakrifkan sebagai "ngarai". Oleh itu, istilah "street canyon" dapat dicadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "ngarai jalan" dengan mengambil kira konsep "ngarai" dalam bidang geologi.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2015
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk 'canyoneering' iaitu sebuah aktiviti lasak popular di kawasan air terjun seperti di Filipina yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Terima kasih.Istilah "canyoneering" atau juga dikenali sebagai "canyoning" iaitu "the sport of jumping into a fast-flowing mountain stream and allowing oneself to be carried downstream at high speed." yang bermaksud aktiviti lasak yang popular di kawasan air terjun yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Maksud istilah sumber bagi canyon pula bermaksud ngarai.  Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "canyoneering" ialah sukan di ngarai
 
Makna22.12.2020

Kembali ke atas