Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nge.ri] | ڠري

Definisi : 1. berasa takut, meremang, seram: ~ dia melihat mayat itu tergelimpang; 2. = me­ngerikan mendatangkan rasa takut (seram dll), menakutkan: kerongkongnya tersumbat dan lidahnya kelu oleh ingatan yg ~ itu; ke­­­matian itu sungguh-sungguh dahsyat dan mengerikan; kengerian 1. perihal ngeri, keseraman; 2. berasa ngeri: Hajah Bedah mengerutkan muka spt orang ~; pengeri orang yg mudah berasa ngeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nge.ri] | ڠري

Definisi : (berasa) takut kerana melihat atau mendengar sesuatu yg menakutkan; seram: ~ saya melihat mayat itu. menge­­rikan mendatangkan atau me­nimbulkan rasa ngeri; menyeramkan; menakutkan: Satu kemalangan jalan raya yg ~ telah berlaku di Johor subuh-subuh tadi. kengerian 1 keadaan (hal dll) ngeri; keseraman. 2 berasa ngeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ngeri (adjektif)
Bersinonim dengan seram, seriau, gerun, gamang, gayat, kecut, geman, giris, gemang;,
Kata Terbitan : mengerikan, kengerian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thrillerfilem ngeriKomunikasiTiadaGenre filem yang mengandungi unsur ngeri seperti pembunuhan, pergaduhan, dan kadangkala dikaitkan dengan filem seram.
dream anxiety disorderkecelaruan kebimbangan mimpi ngeriPsikologiPsikologi UmumLihat kecelaruan mimpi ngeri.
nightmare disorderkecelaruan mimpi ngeriPsikologiPsikologi UmumKecelaruan tidur yang dicirikan oleh kekerapan mimpi buruk. Dalam mimpi tersebut, individu biasanya berada dalam suasana yang membahayakan atau mengancam kehidupan khususnya pada bahagian kedua peringkat tidur, iaitu pada peringkat gerak mata cepat (REM). Mimpi ini akan mempengaruhi kesejahteraan hidup individu tersebut. Semua individu berkemungkinan mengalami mimpi buruk tetapi mereka yang menghidapi kecelaruan mimpi ngeri akan mengalaminya dengan kerap. Kecelaruan ini dinyatakan dalam DSM-IV nombor 307.47. Sinonim kecelaruan kebimbangan mimpi ngeri.
frightngeriPsikologiTiadaTiada
thrillercerita ngeriPerpustakaanTiadaTiada
nightmaremimpi ngeriPerubatanTiadaTiada
stuntmanpelagak ngeriKomunikasiTiadaOrang yang dilatih khusus untuk melakukan adegan berbahaya bagi pihak pelakon.
nightmaresmimpi ngeriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
feartakutPentadbiran PerniagaanTiadaGentar, gerun atau ngeri menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri.
dance of deathtarian ajalKesenianTiadaTema ngeri daripada Zaman Pertengahan Eropah yang memaparkan kerangka manusia mengiringi jasad manusia yang mati.
12

Kembali ke atas