Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ngi.las] | ڠيلس

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rosa­­ceae, nyalas, mendailas (Sabah), Parastemon urophyllus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngilas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ngilasngilasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Parastemon urophyllus daripada famili Rosaceae. Nama tempatannya di Semenajung ialah nyalas, dan di Sabah ialah mendailas. Gubal kayu ngilas tidak berbeza daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu semasa segar dan berubah menjadi coklat kelabu apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 915 hingga 1105 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sangat berat. Kayu ini mudah dikeringkan, sederhana tahan tetapi sukar dikerjakan. Kayu ngilas sesuai untuk kerja binaan sederhana, lantai tahan lasak dan lantai parket.

Kembali ke atas