Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.ga] | نياݢ

Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.ga] | نياݢ

Definisi : ; berniaga berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. penia­­ga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
E-Niaga memacu kemajuan industri mayaChin Yee MunDewan Ekonomi1 April 2008
Budaya niaga sebagai fardu kifayahMohd Riduwan WahabDewan Ekonomi1 March 2009
Budaya niaga Cina: keuntungan diutamakan ?Amir TanDewan Masyarakat1 October 1988
Budaya niaga menjadi amalan semua bangsaTeyo Chiew LinDewan Ekonomi1 April 1998
Iklan niaga kataLim Lay Lin, EvelynDewan Bahasa1 August 2005
Urus niaga simpanan semasaZainab Haji KassimDewan Siswa1 January 1995
Rakan niaga usahawanAmin ShakibDewan Ekonomi1 May 1995
Budaya niaga MelayuA. Aziz DeramanMastika1 July 1990
Budaya niaga usahawan MelayuA. Aziz DeramanMastika1 October 1990
Kemelut Urus Niaga Seks di MalaysiaNoor Sulastry Yusri AhmadDewan Masyarakat1 December 2008
12

Kembali ke atas