Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.ga] | نياݢ

Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.ga] | نياݢ

Definisi : ; berniaga berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. penia­­ga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ruang niaga - lot shapekedai / ruang perniagaanLain-lain14.11.2008
Pihak DBP Niaga telah menghantar buku lain daripada yang dipesan. Apabila menghubungi DBPNiaga untuk maklumkan hal ini melalui pesanan mesej, saya dimaklumkan buku yang pesan akan dikirimkan. Sudah berlalu buku yang dipesan itu masih belum diterima lagi. Peristiwa seumpama ini amat mengewakan saya sebagai pelanggan. Seharus semakan dibuat sebelum buku-buku dihantar kepada pelanggan. Kerana kecualian pegawai DBBNiaga, saya pula menanggung kelewatan dan kesulitan. Harap perkara seumpama ini tidak berlaku. Dalam dunia perniagaan hal seumpama tidak wajar berlaku dan hal ini juga menjejaskan nama baik Dewan.Kami mengambil maklum tentang aduan ini dan akan menambah baik perkhidmatan kami. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Untuk makluman tuan, stok buku yang tuan tempah baru diterima dan proses pengeposan buku tuan akan dilaksanakan segera.Lain-lain12.09.2023
Salam sejahtera, Adakah perkataan "transaksi" atau "urus niaga" yang sesuai digunakan sebagai terjemahan "transaction" dalam sebuah aplikasi telefon pintar? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.Perkataan transaksi dan urus niaga digunakan dalam bidang teknologi maklumat termasuklah dalam sebuah aplikasi telefon pintar. Namun begitu, perkataan urus niaga lebih kerap digunakan.Istilah13.02.2019
Salam, saya ingin tanya bagaimanakah kata majmuk dibentuk. Misalnya, bagaimanakah pihak DBP menentukan ‘pisang goreng’ dan bukan ‘goreng pisang’, atau ‘tadbir urus’ dan bukan ‘urus tadbir’, sama juga ‘urus niaga’ dan bukan ‘niaga urus’. Mohon dapat berikan pencerahan. Terima kasih!Binaan frasa nama ini tertakluk pada Hukum D-M, iaitu diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam hal ini unsur yang diterangkan ialah unsur inti, iaitu pisang dan hadir pada kedudukan pertama, dan unsur yang menerangkan menjadi penerang dan hadir pada kedudukan kedua, goreng. Begitulah juga dengan binaan frasa nama yang lain.Tatabahasa08.02.2019
urusniaga --> urus niaga, kuatkuasa --> kuat kuasa, menggunapakai --> mengguna pakaiurus niaga, kuat kuasa, mengguna pakaiTatabahasa10.07.2008
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk "Islamic Negotiable Instruments" (rujukan:https://www.bnm.gov.my/-/measures-to-strengthen-the-islamic-banking-sector) - adakah "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik"? Adakah akaun perbankan dengan bank-bank Islam digelar "akaun simpanan Islam" atau "akaun simpanan Islamik"? Teima kasih.Kami mencadangkan "Islamic Negotiable Instruments" diterjemahkan sebagai "Instrumen Boleh Niaga Islam" atau "Instrumen Boleh Niaga Islamik". Kedua-dua padanan, iaitu "Islam" atau "Islamik" boleh digunakan. Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah27.09.2021
Adakah betul cara penulisan perkataan tersebut? 1. siaraya 2. atur cara 3. urusetia 4. urus niagaEjaan yang betul ialah siar raya, atur cara, urus setia dan urus niaga.Ejaan29.08.2007
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "FRNID and FRINI refers to Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits and Floating Rate Islamic Negotiable Instruments respectively that are regulated under Bank Negara Malaysia" sebagai "FRNID dan FRINI merujuk kepada Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung dan Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung masing-masing yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi 'Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits (FRNID)' ialah Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) manakala 'Floating Rate Islamic Negotiable Instrument (FRINI)' ialah Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung (FRINI)

Makna04.10.2021
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustakaPerbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud  berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam.Makna22.11.2010
Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.

Assalamualaikum,

Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan.

Terima kasih.

Istilah30.12.2017
12345678910

Kembali ke atas