Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.ga] | نياݢ

Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.ga] | نياݢ

Definisi : ; berniaga berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. penia­­ga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT BOLEH NIAGA

Alat boleh niaga, merujuk kepada jenis

pertukaran undang-undang atau dokumen sama

ada secara perjanjian atau arahan untuk membayar

wang. Alat boleh niaga digunakan sebagai

keterangan keterhutangan atau gantian kepada

wang yang boleh dipindahkan daripada seseorang

kepada seseorang.

UMUM 
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
SIMPAN KIRA

Simpan kira ialah proses sistematik untuk

menganalisis, merekod, dan meringkaskan urus

niaga ekonomi bagi perniagaan atau organisasi

lain selama tempoh yang tertentu. Organisasi

dan individu menggunakan simpan kira kerana ia

memberi maklumat yang teratur dan tepat

tentang urus niaga kewangan. Ia memberi

gambaran tentang kedudukan kewangan, dan

merekod perubahan keuntungan atau kerugian

yang berlaku.

UMUM 
PUSAT KEWANGAN LUAR PESISIR

tempat di mana suatu urus niaga kewangan dikendalikan untuk pendeposit dan peminjam yang bukan pemastautin.

EKONOMI DAN PENGURUSANBandar/Negeri/Negara/Tempat
BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR

Bursa Komoditi Kuala Lumpur ialah tempat urus niaga kontrak niaga hadapan komoditi dijalankan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
MESIN TAIP

Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak

huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah

serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin

taip untuk menulis dengan pantas dan kemas.

Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas

penggunaannya.

UMUM 
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, skim saham amanah untuk kaum bumiputera dengan harga tetap RM1 seunit yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) ditubuhkan pada tahun 1990 setelah Sekim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) diurus niaga mulai 1 Januari 1991.  Skim ASB tidak menggantikan Skim ASN, tetapi ia adalah skim tambahan dengan ciri dan struktur yang sama seperti ASN dengan pelaburan maksimum sebanyak        RM100 000.  Penubuhan Skim ASB membolehkan kaum bumiputera terus bergiat dalam pelaburan saham amanah dengan risiko paling minimum di samping terus melabur dalam Skim ASN.  Skim ASB merupakan skim saham amanah yang terbesar di Malaysia dengan pemegang saham berjumlah 4.52 juta orang dan pelaburan berjumlah RM25 bilion pada 31 Disember 1996.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas