Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.ga] | نياݢ

Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.ga] | نياݢ

Definisi : ; berniaga berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. penia­­ga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Bukan niaga biasa (Bukan Yang Pertama)Salina IbrahimUtusan Malaysia07.08.2007
Sekolah Niaga Asas tani diperkenalMarzita AbdullahUtusan Malaysia29.06.2006
Ruang niaga Melayu arena antarabangsaDzulfawati Haji HassanHarian Watan (Gagasan)31.01.1997
Iklan niaga guna bahasa Malaysia capai daya retorik yang tinggi - Dr.AsmahTiadaUtusan Malaysia15.11.1984
Etika niaga dan MandelaR. HashimiHarian Metro24.04.1991
Usaha niaga digalakkanTiadaUtusan Zaman29.07.1984
Budaya niaga usahawan CinaRadzuan GhazaliUtusan Malaysia02.10.2003
GAPENA cuba bidang niagaTiadaUtusan Malaysia23.10.1993
GAPENA cuba bidang niagaTiadaUtusan Malaysia23.10.1993
Bahasa Melayu sektor niaga tidak seimbangSalbiah AniBerita Harian17.01.1996
12

Kembali ke atas