Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.ga] | نياݢ

Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.ga] | نياݢ

Definisi : ; berniaga berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. penia­­ga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa ber­kong­si dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Dirikan pondok bertanam nanas,
     Biar saya berburu rusa;
Biar orang melonggok emas,
     Saya niaga budi bahasa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
B2B[business-to-businessB2B(niaga-ke-niaga)Teknologi MaklumatTiadaAkronim yang memerihalkan pertalian atau aplikasi niaga-ke-niaga. Banyak tapak web memberi fokus kepada penawaran produk aplikasi untuk perniagaan dwihala dalam bidang seperti kesihatan dan automotif. Pembangunan tapak web B2B dapat meningkatkan keupayaan aktiviti perniagaan yang biasa dilakukan. Tapak web B2B diramalkan akan menjadi sektor utama dalam dunia web.
B2B (business-to-business)B2B (niaga-ke-niaga)Teknologi MaklumatTiadaKhidmat niaga dalam Internet antara syarikat atau organisasi.
B4B (business-for-business)B4B (niaga untuk niaga)Teknologi MaklumatTiadaKhidmat niaga dalam Internet antara organisasi dengan organisasi yang lain.
business-to-businessniaga-ke-niagaTeknologi MaklumatTiadaLihat B2B
floor brokerbroker dewan niaga/broker lantai niagaPentadbiran PerniagaanTiadaOrang atau ejen yang membeli atau menjual sekuriti di dewan niaga dan menjadi ahli pasaran berkenaan.
secure electronic transaction (SET)urus niaga elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain.
floor brokerbroker dewan niaga/broker lantai niagaEkonomiTiadaTiada
negotiable instrumentsurat cara boleh niaga;; alat(an); boleh niaga)GeografiTiadaTiada
negotiable instrumentsurat cara boleh niaga;; alat(an); boleh niaga)Pentadbiran PerniagaanTiadaSegala bentuk surat yang mempunyai nilai tukaran seperti cek, draf bank dan lain-lain.
negotiable instrumentsurat cara boleh niaga;; alat(an); boleh niaga)Undang-undangTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas