Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nia.sin] | نياسين

Definisi : (Bio) sj asid yg tergolong dlm kumpulan vitamin B kompleks, banyak terdapat dlm daging, yis, hati, dll, dan penting dlm pe­makanan kerana asid ini dapat mencegah penyakit pelagra, asid nikotinik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nia.sin] | نياسين

Definisi : ist asid dlm kumpulan vitamin B kompleks yg terdapat dlm daging, yis, hati, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata niasin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
niacinniasinMakanan dan PemakananPemakananVitamin B kompleks yang berwarna putih. Kekurangan niasin dalam diet menyebabkan penyakit pelagra. Sumber niasin ialah sayuran hijau, daging, ikan dan telur. Niasin dikenali juga sebagai asid nikotinik.
niacinniasinKimiaTiadaAsid organik aromatik yang tergolong dalam kumpulan vitamin B-kompleks, formula C5NH4COOH, takat lebur 235°C, berbentuk pepejal berhablur yang tidak berwarna dan larut di dalam air. Asid ini dihasilkan daripada triptofan oleh tumbuhan dan haiwan. Niasin terdapat dalam daging, yis, hati dan kacang tanah. Niasin penting dalam pemakanan kerana asid ini dapat mencegah penyakit pelagra. Sin. asid nikotinik.
niacinniasinMakanan dan PemakananTeknologi MakananSatu daripada vitamin B kompleks yang juga dikenali sebagai asid nikotinik yang berwarna putih. Kekurangan niasin dalam diet menyebabkan penyakit pelagra.
niacinniasinPerubatanTiadaTiada
niacinniasinKimiaTiadaTiada
niacinniasinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
niacinniasinKimiaBiokimiaKumpulan vitamin larut air yang tidak mempunyai warna dan bau, larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam pelarut lipid, stabil terhadap haba dan pengoksidaan, dan diperoleh daripada sumber makanan seperti daging, ikan, susu dan sebagainya. Vitamin yang berfungsi dalam metabolisme karbohidrat dan protein ini diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan haiwan.
niacinniasinPerubatanTiadaAsid nikotinik, iaitu sejenis vitamin B kompleks yang larut air.
nicotinic acidasid nikotinikKimiaTiadaLihat niasin.
pellagrapelagraPerubatanTiadaSindrom klinikal akibat kekurangan niasin yang dicirikan dengan dermatitis, inflamasi membran mukosa, cicit-birit dan gangguan psikik. Dermatitis berlaku di bahagian tubuh yang terdedah kepada cahaya atau trauma. Gejala mentalnya termasuklah kemurungan, keresahan, kerisauan, kebingungan, disorientasi, delusi dan halusinasi.
12

Kembali ke atas