Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.bung] | نيبوڠ

Definisi : sj tumbuhan (palma yg batangnya berduri dan umbutnya boleh dimakan), Oncosperma tigillaria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.bung] | نيبوڠ

Definisi : nama sj pokok palma yg batang­nya berduri dan umbutnya boleh dimakan, Oncosperma tigillaria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nibung

Puisi
 

Encik Ali mengerat nibung,
     Kapaknya tumpul mari diasah;
Putus tali boleh disambung,
     Putus sahabat hati gelisah.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Akar nibung meresap-resap, Akar mati dalam perahu; Terbakar kampung nampak berasap, Terbakar hati siapa yang tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Encik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sayang Santubong berkota nibung, Haji Ahmad kepala kampung; Alang nan sakit badan menanggung, Siang dan malam main berkampung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Galah cengal perahu cengal, Muatlah sarat batang nibung; Sudah kenal buat tak kenal, Itulah tanda awaklah sombong.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ayam hitam ayam didik, Petang-petang masuk kampung; Tubuh hitam badannya kecil, Tinggal pengukur mayang nibung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas