Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.fas] | نفاس

Definisi : 1. = darah ~ darah yg keluar selepas bersalin (biasanya antara 40-60 hari); mandi ~ mandi yg diwajibkan selepas bersalin; 2. Id sedang bersalin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.fas] | نفاس

Definisi : , = darah ~ darah yg keluar sesu­dah bersalin (biasanya selama 40 hari). mandi ~ mandi yg diwajibkan bagi seseorang yg bersalin setelah darah nifasnya tidak keluar lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nifas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEMMELWEIS, IGNAZ PHILIPP

Semmelweis, Ignaz Philipp (1818–1865) ialah

doktor Hungary yang pertama menggunakan

kaedah antiseptik secara meluas ketika kelahiran

bayi. Di Hospital Besar Vienna, dia menyedari

bahawa demam nifas yang biasanya membunuh 12

orang daripada setiap 100 orang ibu, adalah

penyakit berjangkit dan doktor sendiri

menyebabkan penyakit ini merebak jika mereka

tidak membasuh tangan semasa merawat pesakit.

Semmelweis dicemuh kerana ideanya yang tidak

masuk akal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya

dan pada tahun 1860 menerbitkan karya klasiknya,

berjudul The Etiology, Concept and Prophylaxis of

Childbirth Fever . Penentang idea ini menyerangnya

sekeras-kerasnya, dan pertelingkahan ini akhirnya

menyebabkan Semmelweis diserang sakit mental.

Pada tahun kematian Semmelweis, Joseph Lister

mencuba operasi antiseptik yang pertama dan tidak

lama kemudian disahkan bahawa hipotesis

Semmelweis adalah benar. Semmelwies lahir di

Budapest.

UMUM 

Kembali ke atas