Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni/] | نيق

Definisi : Kl sj gelaran di Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah panggilan sapaan yang sesuai bagi pegawai yang mempunyai gelaran Nik contohnya Nik Ahmad bin Nik Salam? Adakah perlu dipanggil dengan panggilan Yang Mulia Nik Ahmad bin Nik Salam?Panggilan bagi yang mempunyai gelaran nik seperti Nik Ahmad ialah encik/tuan.Lain-lain18.09.2011
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafarSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain22.11.2016
Saya Nik-Husnee Nik-Uma Saya inging mensoal Apakan makna furqonFurqan daripada bahasa Arab yang bermaksud hal (benda) yang membezakan kebenaran daripada kepalsuan.Makna28.10.2015
Tuan, bolehkah tuan memberikan keterangan kepada saya tentang pendapat Nik Safiah Karim mengenai kata "banyak"? Bukankah Nik Safiah Karim mengatakan bahawa kata "banyak" mempunyai dwifungsi? Jadi, frasa "mempunyai banyak pengalaman" atau "banyak mempunyai pengalaman" betul? Minta tuan terangkan kedudukan kata "banyak" berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim.YBhg. Datuk Nik Safiah Karim merupakan salah seorang panel buku Tatabahasa Dewan maka pendapat beliau adalah seperti dalam buku Tatabahasa Dewan.  Frasa yang betul ialah ...mempunyai banyak pengalaman.Tatabahasa11.01.2015
saya keliru bagi penggunaan gelaran untuk keturunan Nik, adakah perlu menggunakan Yang Mulia atau tidak?Jika Nik yang dimaksudkan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan, sebaliknya jika Nik tersebut daripada kalangan kerabat diraja, gelarannya ialah Yang Mulia.Tatabahasa01.06.2011
Saya Nik-azfar Nikdeha sedang belajar Bahasa Melayu dasar, di Pusat Bahasa Antarabangsa ingin bertanya.Tentang tatabahasa melayu ayat pasif yang saya tidak faham.Terima kasih.Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing).Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483.Tatabahasa07.11.2013
Nik Mohd Syamim MatYusoff Sep 3rd, 3:42pm Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat seluruh warga DBP. Saya Nik Mohd Syamim Iylia Bin Mat Yusoff, pelajar tahun akhir di salah satu universiti di Jordan. Pada hari ini saya ada pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan syarikat dan nama syarikat yang kami cuba daftarkan adalah Ustaz Kreatif. Namun SSM menyatakan pihak DBP mengatakan terdapat kesalahn tatabahasa dan yang lebih tepat ialah Kreatif Ustaz. Saya rasa seperti jawapan yang diberi tidak tepat kerana kreatif itu sifat dan adjektif dan kami menangguh pendaftaran syarikat kami untuk mendapatkan pengasahan dari DBP. Bukankah kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. dia Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat. Bagaimana dengan perkataan Doktor Cinta dengan Cinta Doktor, bukankah keduanya membawa maksud berbeza? Jadi saya ingin mendapat pengesahan dan kebenaran dari DBP untuk kami mendaftarkan nama perniagaan kami dengan nama Ustaz Kreatif dalam bentuk surat rasmi dengan kadar segera ke email ibn.yusuf@yahoo.com.Untuk makluman, perkataan "Ustaz Kreatif" adalah betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami berpendapat nama tersebut tidak sesuai digunakan sebagai nama syarikat. Oleh itu, kami berharap pihak tuan dapat memberikan penerangan tentang perniagaan yang dijalankan supaya kami dapat memberikan cadangan nama yang sesuai. Sekiranya pihak tuan memerlukan surat rasmi, sila hantar surat kepada pihak kami di alamat yang berikut: Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Tatabahasa03.09.2015
macam mana cara untuk saya dapatkan alamat email Prof Dr Nik Safiah Karim?. saya pelajar PhD dlm bidang IT. sekarang saya sedang membuat kajian untuk menghasilkan rules atau rumus struktur frasa (RSF) BM. saya rujuk buku tatabahasa dewan 3 oleh Nik Safiah cthnya (Ayat=subjek+predikat, subjek=frasa nama/frasa kerja, frasa nama=kata nama+kata bantu)..ada tak rules RSF BM yang lebih detail? atau sesiapa yang boleh saya hubungi yang menganalisis tentang bahasa..YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim boleh dihubungi melalui alamat: Lot 2885, Jalan 6/71 B, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.Lain-lain03.07.2011
Cikgu Dewan, saya berharap agar dapat membaca karya-karya Nik Safiah Karim. Di manakah karya beliau dijual? Adakah stok masih ada pada kini? Kerana tulisan-tulisannya biasa diterbitkan pada sekitar tahun 2005 dan 2006, jadi saya tidak tahu masih ada stokkah atau tidak.Pertama, tuan hendaklah mendapatkan senarai karya-karya YBhg. Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang ingin dibaca. Kedua, tuan bolehlah menghubungi atau datang sendiri ke Kedai Buku Koperasi DBP untuk menyemak senarai tersebut. Pilihan lain, tuan juga boleh mengunjungi perpustakaan DBP, iaitu Pusat Persuratan Melayu DBP bagi menyemak senarai tersebut.Lain-lain16.07.2014
Mohon penjelasan tuan tentang penggunaan kata sapaan bagi individu yang bergelar nik,engku,ku,syed,megat,tuan,tengku,tunku, wan. Mana satu yang layak menggunakan Yang Mulia di awal nama.....

Jika individu yang bergelar nik, engku, ku, syed, megat, tuan, tengku, tunku dan wan daripada kalangan rakyat biasa, gelarannya ialah tuan/puan. Walau bagaimanpun jika empunya nama tersebut daripada kalangan kerabat diraja, maka gelaran yang digunakan ialah Yang Mulia. 

Lain-lain21.09.2011
12345678

Kembali ke atas