Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni/] | نيق

Definisi : Kl sj gelaran di Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NIK AZIZ NIK MAT, DATO

Nik Aziz Nik Mat, Dato’ (1931-     ), ulama, tokoh politik dan Menteri Besar Kelantan (1990- ).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NIK MAHMOOD NIK ISMAILNIK MAHMOOD NIK ISMAIL, Dato’ (1880 – 1964), pentadbir, penulis, Perdana Menteri Kelantan (1921 – 1945). Dia lahir di Kampung Atas Banggol.  Kota Bahru, Kelantan. Nik Mahmood lebih terkenal dengan panggilan Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NIK AHMAD KAMIL NIK MAHMUDNIK AHMAD KAMIL NIK MAHMUD, Tan Sri (1909 – 1977), pentadbir dan ahli politik.  Dia lahir pada bulan Julai 1909, di Kota Bahru, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Majlis Ugama, Kota Bahru. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada Tahun 1930, dia tamat Barrister-at-Law di Lincoln Inn, London.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK DR.

Nik Safiah Haji Abdul Karim, Datuk Dr.

(1939– ) ialah ahli dan pejuang bahasa, ahli

akademik, dan pejuang pergerakan wanita.

UMUM 
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, DATUK

Nik Safiah Abdul Karim, Datuk (1939-   ), ahli linguistik dan pejuang bahasa Melayu. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cinta Berahi, Kelantan.

BAHASATokoh
SYEIKH NIK MAT KECHIK

SYEIKH NIK MAT KECHIK (1844-1915), ulama dan penulis. Beliau lahir di Pulau Duyong, Terengganu. Pada waktu itu, keluarganya berpindah ke Terengganu selepas gagal dalam pemberontakan menentang Siam pada dekad 1830-an. Meskipun beliau memakai gelaran al-Fatani di belakang namanya, tetapi beliau tidak dilahirkan di Patani. Nama sebenarnya ialah Syeikh Muhamamad bin Ismail Daudy al-Fatani. Beliau digelar Syeikh Nik Mat Kechik bagi membezakannya dengan seorang lagi ulama Patani sezaman, Syeikh Muhammad bin Abdullah yang biasa dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NIK ABDULLAH HAJI WAN MUSANIK ABDULLAH HAJI WAN MUSA (1900 – 1935), ulama.  Dia lahir di Jalan Merbau, Kota Bahru, Kelantan. Nik Abdullah ialah anak sulung Haji Wan Musa, seorang ulama, dan cucu Tuan Tabal, ulama yang terkenal di Kelantan pada penghujung abad ke-19.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIMNIK SAFIAH HAJI ABDUL KARIM, Datuk (1939 -       ), tokoh akademik, pakar Bahasa dan pejuang pergerakan wanita. Dia lahir pada 17 Disember 1939 di Kota Bharu, Kelantan. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Zainab Kota Bharu, kemudian di Malay Girl’s College Kuala Lumpur, dan St. Francis Institution Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963, dan Sarjana Sastera pada tahun 1965. Dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari Ohio University, Amerika Syarikat pada tahun 1975.

 

BAHASATokoh
TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR

TENGKU ABDUL MUTTALIB TENGKU ABDUL KADIR (  ?  - 1919), Raja Negeri Teluban (kini Saiburi) yang terakhir. Nama penuh baginda ialah Tengku Abdul Muttalib bin Tengku Abdul Kadir bin Tengku Jalaluddin bin Nik Dah. Moyang baginda, Nik Dah, dilantik oleh Siam menjadi Raja Teluban yang pertama, tidak lama selepas Siam membahagi-bahagikan negeri Patani kepada tujuh negeri kecil pada tahun 1816, iaitu Patani, Jambu, Jalor (Yala), Nongchik, Legeh dan Reman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK KENALITUK KENALI (1879-1933), ulama.  Dia lahir di Kubang Kerian, Kelantan.  Tuk Kenali juga dikenal sebagai Haji Awang Kenali.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, berguru dengan Tuan Tabal @ Haji Abdul Samad, Haji Abbas Kampung Kemaman/Sungai Budor, Haji Ismail Kadi, Haji Abdullah Pasir Pekan, Haji Awang @ Muhammad Zain Atas Banggol, Haji Nik Abdullah, Haji Nik Wan Daud, Haji Wan Tamat Lundang, Haji Abdul Malik Sungai Pinang dan Haji Pak Chik Musa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas