Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni/] | نيق

Definisi : Kl sj gelaran di Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nicotinic receptorreseptor nikotinikFarmasiFarmakologiReseptor yang berfungsi mengikat asetilkolina yang dapat mengesan kehadiran nik:otin. Pada tahap awal, kehadiran nikotin akan merangsang reseptor nikotinik tetapi kemudiannya akan menyekat reseptor itu sendiri. Reseptor nikotinik ini terdapat di dalam saraf pusat, medula adrenal, ganglion autonomi dan sambungan neurootot.
pandiatonicismpandiatonisismeMuzikTiada

 Teknik pengkaryaan yang melibatkan penggunaan skel diatonik dan kord diatonik secara bebas pada abad ke-20. Peraturan harmoni fungsian yang dipraktikkan pada Zaman Barok dan Zaman Klasik tidak digunakan lagi dalam teknik pengkar­yaan jenis ini. Muzik ini biasanya menggunakan harmoni ton tambah untuk menghasilkan kord diatonik yang disonan.

festschriftterbitan dedikasiKesusasteraanTiadaKumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari.

Kembali ke atas