Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.kah] | نکاح

Definisi : akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.kah] | نکاح

Definisi : ikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan utk hidup sbg suami isteri; perkahwinan: Jika tidak ada saksi, ~nya tidak sah. ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi pasangan suami isteri itu belum bersatu lagi. ~ turun malim perkahwinan utk menutup malu saja (selepas bernikah terus ber­cerai). bernikah bersetuju men­jadi suami atau isteri; berkahwin: Maka ~lah Tengku Kamariah dgn Raja Kecil. menikahi berkahwin dgn; mengah­wini: Dia enggan ~ gadis pilihan ibunya. menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: Pak Imamlah yg ~ kedua-dua pengantin itu. pernikahan perbuatan atau hal bernikah; perkah­winan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikah
Kata Terbitan : bernikah, menikahi, menikahkan, pernikahan,

Puisi
 

Anak lintah tergedit-gedit,
     Anak harimau menyeberang paya;
Nak nikah tergedit-gedit,
     Orang tak mahu apakan daya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Nikah maharaja bumi (= Boma).

Bermaksud :

Nikah tanpa belanja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
premaritaladj sebelum nikah: ~ relations, perhubungan sebelum nikah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
extra-maritaladj luar nikah: ~ relations, hubungan luar nikah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illegitimateadj 1. born out of wedlock, bastard, luar nikah, haram; (leg.) tak sah taraf: an ~ child, anak luar nikah; 2. not allowed or authorized by law, tak sah; 3. illogical, tdk /masuk akal, (dapat) diterima akal, munasabah/: an ~ conclusion, kesimpulan yg tdk masuk akal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illegitimacyn 1. state of being born out of wedlock, anak /luar nikah, haram/; (leg.) anak tak sah taraf: the boy’s ~ was ept secret from him, hakikat bahawa dia anak luar nikah dirahsiakan daripadanya; 2. illegality, tdk sah: the ~ of the taker-over, pengambilan uasa yg tdk sah; 3. illogicality, ketidakmunasabahan, tdk /masuk akal, munasabahnya: given the evidence, the ~ of his conclusions was startling, dgn adanya keterangan itu, tidak munasabahnya kesimpulan beliau sangat mengejutkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
love-childn (euphem) anak luar nikah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bastardyn /taraf, kedudukan/ sbg /anak luar nikah, anak haram/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wedlockn; born out of ~, lahir luar nikah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blanketborn on the wrong side of the ~, lahir di luar nikah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bastardadj 1.,/b> illegitimate, haram, gampang, luar nikah; 2. abnormal, irregular in size, appearance, etc, [various translations ]: ~ sugar , gula sedang; ~ file, kikir kasar; ~ type, taip tak tara; 3. not genuine, tdk /tulen, jati, asli/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bastardn 1. illegitimate child or adult, anak /haram, luar nikah, gampang/; (contemptuous) haram jadah; 2. (colloq), (used as term of abuse) keparat, celaka, anak haram, bangsat, (anak) gampang, haram jadah: he’s a real ~, keparat betul dia; 3. (colloq) st difficult, unpleasant, sial betul: this ~ of a job, sial betul kerja ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas