Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.kah] | نکاح

Definisi : akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung per­kah­winan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir per­kahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.kah] | نکاح

Definisi : ikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan utk hidup sbg suami isteri; perkahwinan: Jika tidak ada saksi, ~nya tidak sah. ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi pasangan suami isteri itu belum bersatu lagi. ~ turun malim perkahwinan utk menutup malu saja (selepas bernikah terus ber­cerai). bernikah bersetuju men­jadi suami atau isteri; berkahwin: Maka ~lah Tengku Kamariah dgn Raja Kecil. menikahi berkahwin dgn; mengah­wini: Dia enggan ~ gadis pilihan ibunya. menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: Pak Imamlah yg ~ kedua-dua pengantin itu. pernikahan perbuatan atau hal bernikah; perkah­winan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikah
Kata Terbitan : bernikah, menikahi, menikahkan, pernikahan,

Puisi
 

Anak lintah tergedit-gedit,
     Anak harimau menyeberang paya;
Nak nikah tergedit-gedit,
     Orang tak mahu apakan daya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Nikah maharaja bumi (= Boma).

Bermaksud :

Nikah tanpa belanja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZINAPersetubuhan yang tidak sah atau haram antara lelaki danpermpuan tanpa ikatan nikah yang mengikut syarak.AGAMAKonsep
UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900

UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN, PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN ORANG-ORANG ISLAM 1900, peruntukan mengenai nikah cerai orang Islam yang diperkenalkan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.  Sistem pendaftaran yang tersusun dan teratur dalam hal nikah cerai yang melibatkan orang Islam di Malaysia hanya dapat dilihat dengan jelas setelah terdapatnya undang-undang yang memperuntukkan perkara berkenaan.  Hal ini dapat dikesan sekitar tahun 1885 apabila suatu sistem pendaftaran berhubung dengan perkahwinan dan perceraian orang Islam telah mula diperkenalkan melalui “Registration of Muhammadan Marriages and Divorces Enactment 1885”.  Enakmen ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan “Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900.”

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU

ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Riau di Riau, Indonesia. Di kalangan masyarakat ini, adat ini dikenal sebagai adat nikah kahwin.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN PATANI

ADAT PERKAHWINAN PATANI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Patani di selatan Thailand. Adat perkahwinan di kalangan masyarakat ini dinamakan ‘keghijo menikoh’ yang berasal daripada perkataan akad nikah. Upacaranya hampir sama seperti yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia khasnya di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas