Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® nikotina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : zat racun yg terdapat dlm tembakau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nikotin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nicotinnikotinPentadbiran PerniagaanTiadaAlkaloid beracun, diperoleh daripada tembakan dan menyebabkan ketagih di kalangan penghisap rokok.
nicotine sulphatenikotin sulfatPertanianTiadaTiada
nicotine stomatitisstomatitis nikotinPerubatanTiadaInflamasi lelangit yang disebabkan oleh rangsangan asap tembakau dan bercirikan lesi mendatar, merah dan berpinggir putih.
nicotine stainstain nikotinPerubatanTiadaStain yang disebabkan oleh nikotina dalam tembakau.
extrinsic stainingpenstainan ekstrinsikPergigianTiadaGigi yang terwarna akibat agen luaran seperti makanan dan minuman contohnya nikotin, kopi, teh dan kari. Permukaan gigi yang kasar akan cepat menyerap bahan-bahan pewarna ini berbanding gigi yang licin. Gigi yang mempunyai penstainan jenis ini boleh dirawat dengan membuat pelunturan, venir berlapis atau korona bergantung kepada darjah keterukan penstainan.
nicotinic receptorreseptor nikotinikFarmasiFarmakologiReseptor yang berfungsi mengikat asetilkolina yang dapat mengesan kehadiran nik:otin. Pada tahap awal, kehadiran nikotin akan merangsang reseptor nikotinik tetapi kemudiannya akan menyekat reseptor itu sendiri. Reseptor nikotinik ini terdapat di dalam saraf pusat, medula adrenal, ganglion autonomi dan sambungan neurootot.
alkaloidalkaloidBioteknologiTiadaSebatian bes organik nitrogen yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan. Bes yang beracun ini, seperti kafein, morfina, dan nikotin digunakan sebagai perangsang atau anestetik dalam bidang perubatan.
withdrawal syndromesindrom sarakFarmasiFarmakologiGejala yang berlaku akibat pemberhentian mengejut bahan psikoaktifyang diambil dalamjangka masa panjang kerana ketagihan. Gejala tersebut bergantung pada jenis bahan yang menjadi ketagihan. Antara bahan yang dikaitkan dengan sindrom ini ialah alkohol, kokain, nikotin dan opioid. Pemberhentianpengambilan bahan tersebut secara beransuransur dapat menghalang berlakunya sindrom ini.
withdrawal syndromesindrom sarakPerubatanTiadaKumpulan gejala akibat pemberhentian secara mengejut bahan psikoaktif yang diambil dalam jangka masa panjang kerana ketagihan. Gejala tersebut bergantung kepada jenis bahan yang menjadi ketagihan. Antara bahan yang dikaitkan dengan sindrom ini ialah alkohol, Amphetamine, Cocaine, nikotin, opioid, sedatif, hipnotik dan anziolitik. Pemberhentian pengambilan bahan tersebut secara beransur-ansur dapat menghalang berlakunya sindrom ini.
transdermal formulationrumusan transdermalPerubatanTiadaFormulasi ubat yang berbentuk tampalan atau salap, diletakkan pada kulit supaya ubat tersebut terserap ke dalam darah untuk menghasilkan kesan sistemik. Penyerapan rumusan transdermal adalah tidak menentu. Oleh itu, ia tidak digunakan untuk merawat masalah yang akut dan teruk. Contoh ubat transdermal ialah Nikotin, Nitrogliserin dan analgesik.
12

Kembali ke atas