Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.la] | نيلا

Definisi : 1. (warna) biru; 2. sj bahan pewarna biru (dibuat drpd daun tarum); sebab ~ setitik, rosak susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.la] | نيلا

Definisi : bahan pencelup berwarna biru yg diperoleh dr pokok tarum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nila

Puisi
 

Kain batik nila sutera,
     Pakai anak Raja cina;
Adik cantik abang tak gila,
     Orang banyak luar dunia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud rangkaian kata"menebarkan sayap negatif" dalam ayat ini?Bolehkan memberi penjelassan yang mendalam?Terima kasih puan-puan dan tuan-tuan. Semoga isu kenakalan remaja akan lenyap agar tidak lagi [menebarkan sayap negatif ]kepada generasi akan datang bak kata peribahasa ‘Sebab nila setitik rosak susu sebelanga’.Dalam ayat ini, menebarkan sayap negatif membawa maksud menyebarkan pengaruh yang tidak elok.Makna04.08.2021
Apakah kata kerja yang sesuai untuk menggambarkan "aaa..." dan "umm..." yang sering kali disebut pada permulaan ayat percakapan? Adakah padanan bagi "ohh" (maklum balas terhadap sesuatu yang diucapkan) ialah "mengiakan"?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, aaa… merupakan bahasa basahan yang digunakan untuk menyatakan persetujuan, rasa ragu-ragu, hairan atau terlupa akan sesuatu, ataupun untuk memberikan amaran dan lain-lain, contoh ayat “Nama bukunya aaa…, nanti saya cuba ingatkan!” atau “Aaa …, ya, ya mereka itu,” tingkah Sang Nila. Oleh itu, perkataan aaa… perlulah digunakan secara bersesuaian dengan maksudnya.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, perkataan hmm boleh digunakan bagi menggambarkan perbuatan menggumam, iaitu menahan suara, tawa dan sebagainya di dalam mulut.

Perkataan oh merupakan kata seru dan digunakan untuk menyatakan rasa hairan, terkejut atau pelik. Sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat, perkataan aaa… boleh digunakan untuk menyatakan persetujuan atau haah boleh digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan, dan bermaksud ya.


Lain-lain26.09.2021
Apakah maksud dipersembah dan dipersembahkan? Sila nyatakan kegunaaan dua perkataan ini dalam ayat yang lengkap.Kata yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2025) ialah kata mempersembahkan dan dipersembahkan, yang diberikan takrif seperti yang berikut:

mempersembahkan kata kerja transitif [kata pasif: dipersembahkan, persembahkan]
1 menyampaikan (sesuatu berita, surat dan sebagainya) dengan takzim dan penuh hormat; menyembahkan.
Contoh penggunaan
Maka menteri itu pun mempersembahkan hal tersebut kepada Betara Raden Merpati.
Dengan segera perkara itu pun dipersembahkan kepada Sang Nila Utama.

2 bahasa kiasan 
menunjukkan atau menayangkan (tarian, filem dan sebagainya) kepada seseorang  atau khalayak.
Contoh penggunaan
Pelajar mempersembahkan tarian tradisional masyarakat di Sarawak semasa program tersebut.
Skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas.
Makna30.10.2023
Siva Ramana 20 Disember 2015 SUN 10:28PM Siva Nama saya Siva Ramana. Walaupun saya bukan berbangsa melayu saya fasih berbahasa dan suka menonton drama melayu tak kira mana mana siaran. Sejak kebelakangan ini, banyak drama drama Sudah mula mencampuradukan penggunaan bahasa inggeris(BI) terlampau. Saya berusia 35 tahun saya menonton drama sejak kecil Lagi Dari cerita Opah zaman 80an hingga kini. Maka, saya tahu layar cerita dan cara penggunaan BM dulu dan kini. Saya memang tidak nafikan, untuk tujuan Pasaran dan gaya masa kini penggunaan BI dan BM Dalam tutur kata harian. Tetapi bila lihat drama kini penggunaan BI terlalu banyak Dalam satu seisi perbualan. Kalau Ada masa, Cuba tonton TV dan nilai sendiri. Tak salah kalau saya kata, tujuan saya menonton drama melayu untuk menghayati drama melayu, bukan untuk dengar BI.. Saya tidak Tahu sejauhmana balasan saya ini di ambilkira. Walaupun tak diambilkira saya masih tak Rugi yang sayangnya mingkin satu hari nanti kita lihat drama BM Dalam versi BI sepenuhnya kononnya itu lah trend pada masa itu." Sediakan payung sebelum hujan" " setitik nila rosak susu sebelangga". Buat lah sesuatu sebelum terlambat Terima kasih Daripada Insan bukan melayu yang Berjiwa melayu.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, unit pemantauan di DBP juga telah membuat pemantauan tentang penggunaan bahasa dalam media elektronik dan dapatan dari pemantauan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Media Elektronik. Walau bagaimanapun kami juga sedar kecelaruan penggunaan bahasa dalam media elektronik ini masih belum diatasi dan kami amat mengharapkan sokongan semua pihak terutamanya pengamal media dan orang awam untuk kita bersama-sama memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik dan bidang-bidang lain juga. Kami amat memuji sikap dan jati diri tuan dalam hal ini, semoga bahasa kebangsaan kita terus dimartabatkan di negara kita.Lain-lain20.12.2015

Kembali ke atas