Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.la] | نيلا

Definisi : 1. (warna) biru; 2. sj bahan pewarna biru (dibuat drpd daun tarum); sebab ~ setitik, rosak susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.la] | نيلا

Definisi : bahan pencelup berwarna biru yg diperoleh dr pokok tarum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nila

Puisi
 

Kain batik nila sutera,
     Pakai anak Raja cina;
Adik cantik abang tak gila,
     Orang banyak luar dunia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga.Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas