Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.lai] | نيلاي

Definisi : 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan ke­ma­sya­rakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, ke­reda­an-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.lai] | نيلاي

Definisi : 1 taksiran harga sesuatu benda: Berapa ~ kereta ini? 2 harga sesuatu barang jika dibandingkan dgn harga barang lain: ~ ringgit Amerika pd masa ini kian merosot. 3 mutu; taraf: Buku ini sangat tinggi ~nya. ~ pH ist ukuran yg menunjukkan kealkalian atau keasidan sesuatu larutan (biasanya 7 utk neutral, kurang drpd 7, asid dan lebih drpd 7, alkali). ~ tara nilai pd nama atau pd perkataan saja (bkn duit dsb): Wang kertas seringgit ~ taranya bersamaan dgn 0.290299 gram emas tulen. bernilai mempunyai nilai; berharga: Barang-barang ini ~ 500/- ringgit. menilai me­nentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. ternilai dpt dinilai; dpt diberi harga: tidak ~ tidak dpt diberi harga. nilaian 1 harga; taksiran. 2 se­suatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa ialah segala ~ keburukan. penilaian per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. penilai orang yg menilai; penaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nilai (kata nama)
1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,

2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,

3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,

Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
corrupt1. cause to become depraved, merosakkan: unsound moral values have ~ed our youth, nilai-nilai akhlak yg kurang baik telah merosakkan golongan remaja kita; 2. bribe, memberi rasuah kpd, menyogok, menyuap: to ~ the voters, menyogok para pengundi; 3. adulterate, mencemarkan: the language has been ~ed by the introduction of foreign words, bahasa itu telah dicemarkan oleh kemasukan perkataan-perkataan asing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call7. appeal, seruan: to answer the ~ of the country, menyahut seruan negara; a ~ for the restoration of traditional values in our society, seruan utk menghidupkan kembali nilai-nilai tradisional dlm masyarakat kita; 8. demand, permintaan: not much ~ for embroidered table cloths these days, tdk banyak permintaan utk alas meja bersulam pd masa ini; 9. need, perlu: there is no ~ for you to get angry, kamu tdk perlu naik marah; 10. allure, panggilan, seruan: the ~ of the sea, panggilan laut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
makeon the ~,(derog) a. out for profit, mementingkan keuntungan: businessmen on the ~ do not concern themselves with moral values, ahli-ahli perniagaan yg mementingkan keuntungan tdk menghiraukan nilai-nilai moral; b.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pawn 1vt 1. deposit as security for money borrowed, menggadaikan, memajakkan: she was reluctant to ~ her gold watch for sentimental reasons, dia enggan menggadaikan jam emasnya krn jam itu mempunyai nilai-nilai sentimental; 2. (fig.) menggadaikan, mempertaruhkan: willing to ~ o’s reputation, sanggup menggadaikan nama baik sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perverted adj 1. ( of person ) kinky, sumbang laku: I think he must be ~, saya rasa dia seorang yg sumbang laku; 2. (of st) unnatural, warped, sumbang: ~ values, nilai-nilai yg sumbang; a ~ sense of humour, rasa lucu yg sumbang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debasevt 1. render base, a. (gen), (act.), /menjatuhkan, menurunkan/ nilai; (pass.) nilai [sst] /jatuh, turun/: the old way of life has been ~d by growing materialism, nilai hidup cara lama telah turun disebabkan sikap mementingkan kebendaan yg bertambah; b. (os), /merosakkan, menjatuhkan/ maruah: to ~ os by accepting bribes, merosakkan maruah diri dgn menerima rasuah; c. (style) merendahkan mutu: he ~d his style by including too many details, dia merendahkan mutu gaya penulisannya dgn memasukkan butir-butir yg terlalu banyak; d. (word, language, etc) mencemarkan; 2. (coin) menurunkan nilai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
depreciationn 1. lowering of value, susut nilai: ~ of stocks, susut nilai stok; 2. allowance made for wear and tear, susut nilai: provision for ~ has affected profit, peruntukan bagi susut nilai telah menjejaskan keuntungan; 3. disparagement, memperkecil-kecil: remarks made in ~ of o’s rival, kata-kata yg memperkecil-kecil pihak lawan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
value2. worth, nilai: the ~ of his antique collection has doubled, nilai koleksi barang antiknya meningkat dua kali ganda; the dollar has decreased in ~, mata wang dolar telah jatuh nilainya; the ring is of sentimental ~ to me, cincin itu mempunyai nilai sentimental bagi saya; she does not seem to know the ~ of money, dia seolah-olah tdk tahu ttg nilai wang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
face valuen 1. value indicated on a paper etc, nilai muka: the ~ of the share is $10.00, nilai muka saham itu ialah $10.00; 2. apparent worth, nilai lahir: to take st at ~, menerima sst berdasarkan nilai lahirnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worth2. value, nilai: few people recognized the painter’s ~ while he was alive, tdk ramai orang yg mengiktiraf nilai pelukis itu semasa dia hidup; now I know the true ~ of his friendship, sekarang barulah saya tahu nilai sebenar persahabatannya; the painting is of little ~, lukisan itu rendah nilainya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910

Kembali ke atas