Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ning.rat] | نيڠرت

Definisi : = kaum ~ golongan orang mulia-mulia (besar-besar), kaum bangsawan, kaum borjuis; keningratan perihal (sifat) ningrat: janggut mereka sbg tanda ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ningrat
Rujuk :bangsawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
Salam tuan/puan, saya ingin bertanya bagi perkataan "marquis" dalam bahasa Inggeris ada tak padanan yang sesuai dalam bahasa Malaysia? Adakah "marquis" boleh dikekalkan dalam bahasa Malaysia untuk penterjemahan? Ataupun "tengku" boleh dijadikan padanan "marquis"? Sekiranya tidak, harap tuan/puan boleh berikan cadangan untuk "marquis". Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah marquis ialah ningrat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah17.05.2023

Kembali ke atas