Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : ; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : sj ikan laut, Opisthopterus tardoore. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal; tipis: Bajunya dibuat drpd kain ~. menipis menjadi nipis: Cermin itu semakin ~ di tengah-te­ngahnya. menipiskan menjadikan (se­suatu) nipis: Getah yg sudah beku itu dike­luarkan dr takung dan dinipiskan dgn mesin tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIMAU NIPIS UMUM 
TAMBURIN

Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri

daripada gelung yang diperbuat daripada papan

nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis

daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan

ke bahagian bertentangan. Semua tamburin

mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung.

Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah

tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya

pada tangan yang lain, lutut atau paha dan

menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan

oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary

yang memainkan alat ini di dalam kumpulan

pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga

awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula

menggunakan tamburin pada tahun 1700-an.

Lihat juga Muzik (alat muzik).

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
SELOFAN

Selofan ialah bahan sintetik yang nipis, fleksibel. Ia

dibuat daripada selulosa, iaitu bahan dalam dinding

sel tumbuhan. Kebanyakan selofan disaluti bahan

kimia khas untuk menjadikannya kalis udara dan

tahan lembapan. Bahan kimia ini juga menjadikan

selofan terkedap haba – iaitu ia membolehkan

selofan terkedap sendiri dan terkedap pada bahan-

bahan tertentu dengan menggunakan haba dan

tekanan.

UMUM 
MEMBRAN KELIPAN

Membran kelipan ialah membran nipis di

bawah kelopak mata yang boleh ditarik untuk

menutupi bola mata. Burung dan kebanyakan

reptilia mempunyai membran tersebut, tetapi

manusia tidak mempunyainya.

UMUM 
KASA

Kasa ialah kain yang nipis, terbuka yang dibuat

daripada kapas, sutera, rayon, atau serat sintetik.

Kasa (Gauze) mungkin mendapat namanya daripada

bandar purba, Gaza, di Palestin, tempat jenis kain

ini pertama kali dibuat.

UMUM 
SIBUR-SIBUR

Sibur-sibur ialah serangga yang sayapnya nipis

dan halus. Dua jenis utama sibur-sibur ialah sibur-sibur

hijau dan sibur-sibur perang. Sesetengah

sibur-sibur hijau mempunyai mata keemasan, dan

sesetengahnya mengeluarkan bau yang kuat.

Sibur-sibur perang mempunyai mata dan sayap

berwarna perang.

UMUM 
PERITONITIS

Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu

membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia

merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa

maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika

diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan

asing.

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
ZUHAL

Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas

Musytari. Zuhal mempunyai tujuh lingkaran nipis

yang rata di sekelilingnya. Lingkaran ini terdiri

daripada lingkaran-lingkaran kecil yang

mengandungi zarah-zarah ais yang bergerak

mengelilingi planet tersebut. Lingkaran yang

bersinar-sinar itu menjadikan Zuhal antara objek

yang paling menarik dalam sistem suria.

UMUM 
123456

Kembali ke atas