Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal, tipis; menipis menjadi nipis; menipiskan menjadikan nipis; kenipisan keadaan atau sifat nipis: ~ cakera brek boleh mengeluarkan bunyi bingit; penipisan proses atau perbuatan menipis atau menipiskan: ~ ozon yg disebabkan oleh pembakaran plastik secara terbuka adalah membahayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : ; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : sj ikan laut, Opisthopterus tardoore. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pis] | نيڤيس

Definisi : tidak tebal; tipis: Bajunya dibuat drpd kain ~. menipis menjadi nipis: Cermin itu semakin ~ di tengah-te­ngahnya. menipiskan menjadikan (se­suatu) nipis: Getah yg sudah beku itu dike­luarkan dr takung dan dinipiskan dgn mesin tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis

Puisi
 

Kalau tuan meragi kain,
     Biar nipis jangan jarang;
Kalau tuan mencari lain,
     Biar lebih daripada terkurang.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Katil dihias kain kapas, Kain nipis berbayang-bayang; Dalam tangan lagi terlepas, Inikan pula berkasih sayang.Pantun Melayu SarawakKasih
Petua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan meragi kain, Biar nipis jangan jarang; Kalau tuan mencari lain, Biar lebih daripada terkurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik tuan meragi kain, Biar nipis pada jarang; Cik tuan mencari lain, Biar lebih jangan kurang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ayam korek kelabu sentang, Mari ditambat limau nipis; Encik mudik hari dah petang, Bentang tikar tunduk menangis.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apa payah mudik ke Jerai, Kayu mentolak nipis kulit; Apa susah kita bercerai, Ada umur kita berbalik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna panggang belibis, Panggang punai atas atap; Apa guna tubuh panjang nipis, Rendahmu ni sedap didakap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas