Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nipis
Rujuk :tipis


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nipis II; ~ kulit sj tumbuhan (pokok), delek ayam, Ixora concinna; limau ~ sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Citrus mecia.Kamus Dewan Edisi Keempat
plat IIkepingan nipis logam, plastik, dsb utk menulis nama, nombor, dsb; ~ arloji piring jam tempat ditulis angka; ~ layar sarung jari tukang pembuat layar; ~ nombor plat yg memaparkan nombor pendaf­taran sesebuah kenderaan (spt kereta, moto­sikal dsb), biasanya dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu; ~ panas besi leper, biasanya pd dapur gas atau elektrik yg dipanaskan dgn kuasa elektrik, digunakan utk memasak atau memanaskan makanan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuping IIkulit nipis atau selaput yg menjadi keras atau kering pd luka (kudis dll); kero­peng, keruping.Kamus Dewan Edisi Keempat
hal IIId bp besi nipis berlapis zink.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerabu IIsj perhiasan yg dipakai di telinga, subang (nipis drpd emas); berkerabu memakai kerabu.Kamus Dewan Edisi Keempat
loh II; batu ~ sj batu yg terbentuk drpd tanah liat dan mudah pecah menjadi lapisan-lapisan nipis, syal.Kamus Dewan Edisi Keempat
haus IIberkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg meng­alir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menye­babkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
buku IIhelaian kertas berjilid yg berisi tulisan dsb utk dibaca atau yg mengandungi ruangan kosong utk ditulis; ~ akaun set rekod (termasuk lejar, invois, perjanjian, surat-menyurat, dll) dlm perakaunan utk mencatatkan semua urus niaga sesebuah organisasi; ~ catatan buku tempat ditulis catatan; ~ harian a) buku catatan kirakira jual beli hari-hari; b) buku catatan harian (pd kapal dll); ~ hitam buku yg mencatatkan nama-nama orang yg dianggap berbahaya dll; ~ jualan harian rekod khas setiap jualan barang niaga yg dicatat buat pertama kalinya; ~ kecil buku yg kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; ~ kedatangan buku yg menandakan kehadiran murid ke sekolah setiap hari; ~ kerja buku yg mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu hal yg diajarkan serta soalan-soalan yg perlu dijawab oleh pelajar; ~ kosong buku yg belum bertulis (bercetak) apa-apa di dlmnya; ~ laporan buku yg mengandungi laporan (tentang kerja dsb); ~ latihan = ~ rampaian buku utk murid sekolah membuat latihan berhubung dgn sesuatu pelajaran); ~ panduan buku yg menjadi panduan dlm mengerjakan sesuatu pekerjaan; ~ pelawat buku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat; ~ putih buku yg mengandungi keterangan kerajaan tentang sesuatu; ~ rujukan buku tempat mencari keterangan yg lebih lanjut; ~ sekolah buku yg dipakai oleh murid (pelajar) sekolah; ~ simpanan bank buku yg dikeluarkan oleh bank kpd pelanggannya, yg mengandungi rekod kira-kira simpanan pelanggan di dlm bank; ~ teks buku yg digunakan oleh pelajar sbg buku rujukan yg standard utk sesuatu mata pelajaran tertentu; ~ terpakai buku yg sudah digunakan oleh seseorang dan dijual kembali; ~ tulis buku kosong utk menulis; ~ tunai buku yg mencatatkan wang tunai yg diterima dan dikeluarkan; tidak masuk ~ bp tidak masuk kira;membukukan 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan;kebukuan spt bahasa tulisan (formal): perkataan itu agak ~ bunyinya;pembukuan 1. perihal mencatat dlm buku: ~ hasil urus niaga mestilah dilakukan setiap hari; 2. penerbitan (pengeluaran dsb) dlm bentuk buku: ~ puisi juga diberi perhatian oleh para penerbit.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkap II1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun pin­tunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg merupakan satu kesatuan: bebe­rapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt y = 3x4 – 4x3 + 12x2 + 6); serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama ada drpd karangan natar atau ~; berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~; merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll), mengembarkan dua tiga helai men­jadi satu: dua helai kain dirangkap utk pe­nutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan; pengarah baru Proton ~ pengu­­-rus besar bahagian korporat; bilik tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali sepasang); merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang me­nger­­ja­kan dua atau tiga pekerjaan: waktu ke­tiada­an Tun, Kementerian Pertahanan di­­-rang­­­­­­kapkan kpd Timbalan Menteri Dalam Negeri; rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg di­­jadikan satu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas