Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.ra] | نيرا

Definisi : air yg disadap dr mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.ra] | نيرا

Definisi : air yg disadap dr mayang kelapa atau dr mayang enau dan biasanya dibuat gula, tuak dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nira


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUAK

TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah.

BUDAYAKonsep
NIRANIRA, jus mayang pokok palma yang disadap seperti kelapa, enau atau nipah. Nira merupakan minuman tradisional yang popular terutama di kawasan yang terdapat banyak pokok kelapa, enau atau nipah. Di Kelantan dan Terengganu, jus ini disebut tuak.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam
PALMA TODI

Palma todi adalah mana-mana satu daripada

beberapa pokok palma yang mengandungi nira

bergula yang boleh digunakan untuk membuat

minuman yang ditapai yang dinamakan todi.

UMUM 
NIPAH

NIPAH, sejenis pokok tropika daripada keluarga palma yang biasa tumbuh dan ditanam di pinggir sungai yang berlumpur khususnya di muara. Daun nipah yang berlidi tersusun di kedua-dua belah pelepah yang panjangnya lebih kurang 430 cm. Di Malaysia, pokok nipah merupakan pokok serba guna. Penduduk tempatan menggunakan semua bahagian pokok, iaitu daun, buah, akar, umbut dan nira untuk kegunaan persendirian dan komersil.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam

Kembali ke atas