Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nis.bi] | نيسبي

Definisi : bergantung pd bandingan dgn yg lain, tidak mutlak, relatif: kalau orang me­nga­takan rumah itu besar, itu ~ sahaja, kerana membandingkannya dgn rumah yg lebih kecil, kalau dibandingkan dgn rumah yg lebih besar, rumah tersebut kecil; kenisbian perihal (sifat dsb) tidak mutlak, sifat relatif: ~ nilai-nilai moral. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nisbi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Coriolis accelerationpecutan CoriolisSainsHidrometeorologiPecutan kompok yang sedang bergerak dalam suatu sistem koordinat nisbi. Jumlah pecutan kompok ini, seperti yang diukur dalam sistem koordinat inersia, boleh dinyatakan sebagai hasil tambah pecutan sistem nisbi itu sendiri dan pecutan Coriolis. Bagi bumi yang bergerak dengan halaju sudutan kompok yang bergerak nisbi terhadap bumi terhadap bumi dengan halaju V mempunyai pecutan Coriolis 2 x V.
stiffkakuMekanikGunaan1. Tidakboleh berputar secara nisbi. Istilah ini digunakan untuk sendi yang menyambungkan dua anggota struktur dan tidak membenarkan putaran nisbi di antara anggota-anggota berkenaan apabila struktur itu ditindak oleh sebarang beban.2. Tidak boleh diubah bentuk. Bagi pegas misalnya, pegas yang kaku tidak akan memanjang di bawah tindakan daya paksi. Lihat juga kekakuan.
consolidation, coefficient ofkoefisien pemadatanHidrologiTiadaPengurangan nisbi isi padu tanih oleh pemadatan per unit tambahan kenaikan tegangan efektif. Kadangkala ditakrifkan sebagai pengurangan nisbi ketinggian.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMatematikTiada1. Pecutan yang apabila ditambahkan kepada pecutan sesuatu objek yang nisbi kepada sistem koordinat dan kepada pecutan memusat, menghasilkan pecutan objek yang nisbi kepada sistem koordinat tetap.
Coriolis accelerationpecutan CoriolisMekanikGunaanKomponen pecutan yang wujud apabila pecutan sesuatu titik diukur secara nisbi terhadap pecutan suatu titik lain, dengan ukurannya dibuat dari paksi yang berputar. Jika pecutan titik A diukur dari titik P yang berada pada paksi yang berputar dengan halaju sudut w, maka pecutan Coriolis diberikan oleh ungkapan, 2w x vA/P dengan vA/P ialah halaju nisbi A diukur dari P. Pecutan Coriolis merupakan perbezaan di antara pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi tak berputar di P terhadap pecutan nisbi titik A yang diukur dari paksi yang berputar di P. Perhatikan bahawa magnitud pecutan Coriolis ialah 2wnA/P dan hala vektornya ditentukan berdasarkan peraturan tangan kanan bagi pendaraban vektor, iaitu bagi gerakan satah dengan vektor w yangnormal terhadap satah gerakan yang mengandungi vA/P dan 2w x vA/P, maka pecutan Coriolis serenjang dengan vA/P dan halanya mengikut putaran w dengan ekor vektor vA/P diambil sebagai pusat putaran yang berkenaan, seperti yang digambarkan dalam Rajah P2. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 135 RAJAH P2
laws of frictionhukum geseranMekanikGunaanTiga hukum yang memerihalkan gerakan nisbi di antara dua permukaan kasar yang bersentuhan. Hukum-hukum ini adalah seperti yang berikut, - daya geseran sentiasa bertindak merintangi kecenderungan gerakan nisbi. - daya geseran had di antara dua permukaan bebas daripada luas kawasan sentuh. - daya geseran had berkadaran langsung dengan daya tindak balas normal di antara dua permukaan yang bersentuhan itu.
static frictiongeseran statikMekanikGunaanGeseran di antara dua permukaan yang cenderung untuk mengalami gerakan nisbi tetapi gerakan yang berkenaan masih belum berlaku. Geseran ini diwujudkan oleh usaha yang cenderung untuk menyebabkan gerakan nisbi yang berpadanan. Nilai daya geseran statik sentiasa sama dengan nilai usaha yang berpadanan.
pin jointsendi cematMekanikGunaanSendi yang membenarkan putaran pada titik sambungan anggota-anggota struktur tetapi tidak membenarkan gerakan nisbi linear. Sendi ini menerbitkan daya tindak balas untuk merintangi kecenderungan bergerak secara linear tetapi tidak boleh menerbitkan sebarang momen tindak balas untuk menghalang putaran nisbi. Sendi cemat biasanya dibentuk daripada satu cemat yang dimasukkan ke dalam lubang yang berada pada anggota-anggota yang tersambung itu. ada juga sambungan jenis lain yang boleh diambil sebagai sendi cemat untuk tujuan analisis kerana memiliki ciri yang diperihalkan tadi, misalnya sambungan kimpalan.
relative humiditykelembapan nisbiSainsHidrometeorologiPeratusan nisbah pecahan mol wap air terhadap pecahan mol yang sepatutnya ada dalam udara, pada suatu tekanan dan suhu tertentu, sekiranya udara itu menjadi tepu pada suhu dan tekanan yang sama.
relative vorticitykevortisan nisbiSainsHidrometeorologiKevortisan yang disukat dalam sistem koordinat yang ditetapkan di permukaan bumi. Yang biasa dimaksudkan hanyalah komponen kevortisan menegak. Istilah ini juga dikenali sebagai kevortisan tempatan.
12345678910...

Kembali ke atas