Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nis.tag.mus] | نيستݢموس

Definisi : (Ubat) pergerakan bola mata yg cepat dan luar kawal yg terjadi dlm keadaan-keadaan tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nistagmus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
optokinetic nystagmusnistagmus optokinetikSains KesihatanTiadaNistagmus yang terhasil akibat melihat pergerakan sesuatu objek.
nystagmus blockage syndromesindrom halang nistagmusSains KesihatanTiadaKepelbagaian perubahan postur kepala dan mata yang dilakukan oleh pesakit untuk menghalang nistagmus.
nystagmusnistagmusPerubatanTiadaTiada
nystagmusnistagmusPsikologiTiadaTiada
nystagmusnistagmusBiologiFisiologiGerakan bola mata yang cepat dan tak terkawal secara mengufuk atau menegak, atau kedua-dua sekali.
nystagmusnistagmusSains KesihatanTiadaPergerakan seragam dua mata yang berulangan dan di luar kawal dengan kepelbagaian arah, amplitud dan frekuensinya.
vertebrobasilar insufficiencykelemahan vertebro-basilarPerubatanTiadaIskemia batang otak dan serebelum yang bersifat sementara, di sebabkan berlakunya stenosis arteri vertebra atau basilar. Keadaan ini mengakibatkan vertigo, diplopia, nistagmus, kelemahan otot dan disartria.
carbamate poisoningkeracunan karbamatKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada karbamat, iaitu sejenis bahan yang digunakan sebagai racun serangga. Gejala keracunan adalah tidak sedar, lemah otot, tiada koordinasi, nistagmus, penekanan pernafasan, tekanan darah rendah, dan hipotermia.
quinidine poisoningkeracunan kuinidinaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kuinidina, iaitu ubat antiaritmik yang digunakan untuk merawat ritma jantung yang tak seragam. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan loya. Keracunan akut menyebabkan tinitus, sakit kepala, loya, cirit-birit, pening, tekanan darah menurun dengan teruk sehingga hilang denyutan, nistagmus, bradikardia, dan kegagalan pernafasan. Keracunan kronik menyebabkan trombositopenik purpura yang mungkin teljadi selepas penggunaan kuinidina dalam masa yang singkat. Selepas pulih, dos tunggal 0.05 g - 0.1 g akan menyebabkan teljadi semula tanda purpura. Demam, urtikaria, pengelupasan, dan tindak balas anafilaksis mungkin berlaku. Dos maut mungkin serendah 0.2 g. Penemuan patologi dalam kematian akut tidak mempunyai ciri tertentu.
vertigovertigoPerubatanTiadaHalusinasi pergerakan, iaitu apabila seseorang terasa seolah-olah sekitarannya berputar (vertigo objektif) atau seolah-olah dirinya sendiri yang berputar (vertigo subjektif). Vertigo boleh dicetuskan pada subjek normal melalui rangsangan tertentu, atau akibat penyakit telinga dalam atau gangguan ke atas radas vestibul. Keadaan ini berlaku dalam beberapa penyakit, misalnya penyakit Meniere dan neuroma akustik. Tanda penting bagi keadaan ini ialah nistagmus, dan antara gejala lain termasuklah loya, muntah-muntah dan rebah.

Kembali ke atas