Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.trik] | ݢروݢوت

Definisi : (Kim) berkaitan dgn atau mengandungi nitrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.trik] | ݢروݢوت

Definisi : ist bkn sesuatu yg di dlmnya ter­dapat nitrogen; diperoleh drpd nitrogen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nitrik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASID NITRIK

Asid nitrik ialah asid tak organik kuat dengan

formula kimia HNO 3 . Asid nitrik mempunyai

banyak kegunaan industri, dan kegunaan

utamanya ialah untuk menghasilkan baja dan

bahan letupan. Sejumlah besar asid nitrik terhasil

semasa ribut petir dan turun ke bumi bersama

hujan. Hujan turun sebagai larutan asid nitrik yang

sangat lemah. Penghasilan asid nitrik semasa ribut

petir membolehkan nitrogen dari udara menjadi

sebahagian daripada tanah dalam bentuk yang

boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan (lihat

Kitaran nitrogen ). Asid nitrik adalah antara asid

yang pertama pernah diketahui, dan digunakan

oleh banyak ahli kimia Zaman Pertengahan di

dalam eksperimen mereka.

UMUM 
NITRAT

Nitrat ialah mana-mana jenis sebatian yang

mengandungi ion nitrat tak organik (NO 3 –).

Hidrogen nitrat (HNO 3 ) biasanya lebih dikenali

sebagai asid nitrik . Hampir semua logam

membentuk garam nitrat apabila bergabung

dengan asid nitrik. Dua garam nitrat yang penting

kalium nitrat (KNO 3 ) dan ammonium nitrat (NH 4 NO 3 ),

digunakan sebagai baja untuk menambah lagi

nitrogen dalam tanah. Bakteria tertentu dalam tanah

membentuk nitrat daripada sebatian organik yang

mengandungi nitrogen. Tumbuh-tumbuhan

menggunakan nitrat ini untuk membuat protein.

Nitrat juga adalah penting dalam pembuatan bahan

letupan, mercun, ubat jantung dan filem fotografi.

Nitrat dimakan setiap hari, terutamanya daripada

sumber sayur-sayuran. Walau bagaimanapun,

pengambilan banyak nitrat boleh menyebabkan

penghasilan bahan toksik dalam badan. Lihat juga

Asid nitrik; Kitar nitrogen.

UMUM 
AKUA REGIA

Akua regia ialah campuran asid nitrik dan asid

hidroklorik. Ia penting dalam kaji logam dan kimia

kerana ia melarutkan logam seperti platinum dan

emas.

UMUM 

Kembali ke atas