Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.trit] | نيتريت

Definisi : (Kim) garam yg diperoleh drpd asid nitrus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.trit] | نيتريت

Definisi : ist garam atau ester yg terdapat dlm asid nitrus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nitrit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nitrite poisoningkeracunan nitritKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sebatian nitrit, misalnya amil nitrit, etil nitrit dan natrium nitrit. Dos parah ialah 4 g (kanak-kanak 3 tahun) bagi etil nitrit, dan 2 g bagi natrium nitrit. Sebatian nitrit mengembangkan saluran darah seluruh badan melalui kesan pengenduran langsung pada otot licin. Sesetengah nitrit menyebabkan metemoglobinemia. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah turun dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan, penyedutan, atau penyerapan kulit atau membran mukus menyebabkan sakit kepala, kulit berwarna merah, muntah, pening, pengsan, tekanan darah turun dengan ketara, sianosis, konvulsi, koma, dan kegagalan pernafasan. Penemuan patologi ialah darah berwarna coklat disebabkan penukaran hemoglobin kepada metemoglobin dan kesesakan semua organ.
nitrificationpenitritanBiologiEkologiPengoksidaan garam ammonium untuk menghasilkan nitrit. Nitrit yang terhasil kemudiannya dioksidakan kepada nitrat oleh bakteria tanah.
nitrite titrationpentitratan nitrit; titratan nitritPerubatanTiadaTiada
nitrifying bacteriabakteria nitrifikasiKimiaTiadaBakteria tanah yang mengoksidakan garam ammonium kepada nitrit, dan nitrit kepada nitrat.
amyl nitrite poisoningkeracunan amil nitritKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan amil nitrit (formula kimia, C5H11O2N), iaitu ubat yang digunakan sebagai vasodilator, terutama dalam rawatan angina akut dan untuk merendahkan tekanan darah. Tanda utama keracunan adalah tekanan darah turun dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan, penyedutan atau penyerapan melalui kulit atau membran mukus menyebabkan sakit kepala, muka berwarna merah, muntah, pening, pengsan, tekanan darah turun mendadak, sianosis, konvulsi, koma, dan kelumpuhan pernafasan. Julat dos lazim adalah sehingga 10 mg sehari. Kesan sampingannya termasuk tekanan darah rendah, alergi, loya, sakit kepala dan pening. Penemuan patologi ialah darah berwarna coklat disebabkan penukaran hemoglobin kepada methemoglobin, dan kesesakan semua organ.
nitridenitritKimiaTiadaGaram atau ester asid nitrus yang mengandungi radikal nitrat (III), -NO2. Misalnya, natrium nitrit, NaNO2.
sodium cyanide poisoningkeracunan natrium nitritKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada natrium nitrit (formula kimia, NaCO2) yang digunakan dalam perubatan untuk meluaskan saluran koronari dan merendahkan tekanan darah. Tanda utama keracunan ialah tekanan darah menurun dan sianosis. Keracunan akut akibat pengingesan, penyuntikan, penyedutan atau penyerapan kulit atau membran mukus menyebabkan sakit kepala, kulit berwarna merah, muntah, pening, pengsan, tekanan darah menurun dengan ketara, sianosis, konvulsi, koma, dan kelumpuhan pernafasan. Keracunan kronik menunjukkan gejala yang sama dengan keracunan akut. Penemuan patologi ialah darah berwarna coklat ekoran penukaran hemoglobin kepada metemoglobin, dan kesesakan semua organ. Dos maut ialah 2 g.
sodium nitrite poisoningkeracunan natrium nitratKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada natrium nitrat (formula kimia, NaNO3). Punca sebenar keracunan ialah kehadiran ion nitrit (NO2) yang terbentuk daripada ion nitrat oleh tindakan bakteria usus. Sinonim keracunan kalium nitrat . Lihat juga keracunan natrium nitrit.
nitritenitritGeologiTiada, -NO2.
nitritenitritKimiaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas