Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.bat] | نوبت

Definisi : 1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian; 2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah; 3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara; naik ~ a) ditabalkan menjadi raja; b) Mn menjadi pengantin (kahwin); menobatkan menaikkan ke atas takhta ke­rajaan, menjadikan raja, memahkotai, me­nabalkan: oleh Sultan Alauddin anakanda baginda itu dirajakan baginda di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka; penobatan perihal atau perbuatan me­nobat­kan, penabalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.bat] | نوبت

Definisi : 1 sj gendang besar yg biasanya dibunyikan ketika menabalkan raja. 2 sj pancaragam Melayu yg biasanya bermain ketika raja ditabalkan dll. menobatkan menjadikan raja; mena­balkan. penobatan perbuatan atau hal menabalkan raja; penabalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nobat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nobatnobatMuzikTiada

 Genre muzik instrumental klasik istana yang melambangkan status serta kuasa raja dalam masyarakat Melayu. Nobat dimainkan dalam semua upacara diraja seperti pertabalan, perkahwinan atau meraikan tetamu kehormat di istana. Ensembel nobat merangkumi alat muzik seperti serunai dan nafiri (dua gendang dan sebiji nekara) yang juga dikenali sebagai gendang belanga atau nengkara. Kadangkala ensembel ini disertai alat muzik gong gantung. Pemain muzik nobat dikenali sebagai orang kalur atau orang kalau. Ensembel no­bat terdapat di istana Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Nobat dipercayai berasal daripada muzik genre yang dikenali dengan nama naubah atau naubat yang menjadi terkenal pada Zaman Khalifah Abassiyah pada abad ke-9. Naubah telah dibawa ke Iran, Syria, Turki, India dan Malaysia melalui penyebaran agama Islam ke negara tersebut.

gendang nobat (Mal)gendang nobatKesenianTiadaGendang dua muka di dalam permainan nobat.
nafiri (Mal)nafiriKesenianTiadaAlat tiup tanpa lelidah dalam nobat.
nekara (Mal)nekaraKesenianTiadaGendang satu muka berbentuk pasu yang diketuk dengan rotan di dalam permainan nobat.
nafirinafiriMuzikTiadaAlat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis trompet. Nafiri merupakan tiub perak berbentuk kon tanpa lubang jari atau injap. Alat muzik ini hanya boleh menghasilkan beberapa pic sahaja. Nafiri menghasilkan bunyi bergaung dan kuat yang dimainkan dalam ensembel nobat. Alat muzik ini memainkan motif melodi pendek yang menandakan bahagian baru dalam sesebuah lagu nobat. Alat muzik trompet yang berasal dari Timur Tengah ini dibalut dengan kain berwarna kuning, iaitu warna diraja di Malaysia
nahardnaharaMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluhnya berbentuk periuk dengan satu permukaan kulit. Alat muzik ini dimainkan dengan meletakkannya secara menegak dan permukaan kulit dipukul dengan sepasang pemukul kayu yang ringan. Nahara yang berasal dari Timur Tengah menghasilkan rentak tertentu dalam muzik nobat dan dibalut dengan kain berwarna kuning. Nahara dikenali juga sebagai naker, nekara dan nengkara.

serunaiserunaiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis paip dengan rid. Serunai berasal dari Timur Tengah dan mempunyai kaitan dengan alat muzik surnay. Alat muzik ini dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab. Badan atau paipnya diperbuat daripada kayu. Bahagian loceng yang berbentuk kon dipasang pada bahagian pangkal paip tersebut. Serunai mempunyai tujuh lubang jari dan dua rid berganda dua, iaitu empat lapisan rid. Alat muzik ini ditiup pada pangkal dengan nafas yang berterusan untuk menghasilkan melodi dalam lagu. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, serunai terdapat dalam pelbagai saiz, iaitu saiz besar yang dikenali sebagai serunai ibu, sementara serunai saiz kecil dikenali sebagai serunai anak. Di pantai barat Semenan­jung pula, serunainya agak pendek sedikit dan mempunyai bahagian loceng yang diperbuat daripada logam. Serunai menghasilkan melodi berbunga dalam lagu wayang kulit Kelantan, gendang silat, main puteri, nobat, gendang tarinai dan mekmulung.


Kembali ke atas