Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.dus] | نودوس

Definisi : (Bio) struktur berbentuk bujur spt kapsul; ~ limfa struktur yg berbentuk bujur spt kapsul yg terdapat di sepanjang salur limfa, berfungsi sbg jala utk memerangkap dan memusnahkan bendasing semasa cecair limfa melalui salur tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nodus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nodusnodusBiologiEntomologi1. Pinggang yang ramping di antara toraks dengan abdomen pada semut, tebuan, atau ahli Hymenoptera. 2. Takuk yang menandai kedudukan vena silang utama dekat bahagian tengah pinggir depan sayap sesibur.
diastolediastolVeterinarPraklinikalPengenduran ventrikel jantung yang dicetuskan oleh nodus sinoatrium (nodus SA). Diastol terbahagi kepada tiga fasa. Pada awal diastol; ventrikel mengendur; injap semilunar tertutup dan injap atrioventrikel terbuka seterusnya ventrikel diisi dengan darah. Pada pertengahan diastol; atrium turut mengendur dan ventrikel terus diisi dengan darah. Pada akhir diastol; atrium mengecut dan ventrikel diisi dengan lebih banyak darah.
systolesistoleVeterinarPraklinikalPengecutan bahagian ventrikel jantung yang dicetuskan oleh nodus atrioventrikel (nodus AV) dan menghantar impuls ke gentian Purkinje dan sel ventrikel. Semasa sistole; ventrikel mengecut; injap atrioventrikel tertutup dan injap semilunar terbuka; kemudian darah dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari.
prefemoral lymph nodenodus limfa prafemurVeterinarPraklinikalNodus limfa yang terletak di belakang patela. Nodus limfa prafemur hanya terdapat pada ruminan; babi dan kuda. Nodus ini menerima saliran daripada bahagian kaudoventral dinding abdomen; skrotum dan kelenjar mama kaudal. Sinonim subilium lymph node.
sinoatrial (SA) nodenodus sinoatrium (SA)VeterinarPraklinikalSebahagian tisu nodus atau himpunan gentian otot atipikal dan hujung saraf yang terletak di dinding atas atrium kanan. Nodus ini berfungsi menetapkan kadar pengecutan jantung. Nodus sinoatrium mengecut serta menjana impuls saraf yang disebarkan ke seluruh dinding jantung secara spontan. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua atrium mengecut. Nodus sinoatrium dikenali juga sebagai penentu rentak jantung.
atrioventricular nodenodus atrioventrikelVeterinarPraklinikalSebahagian tisu nodus atau gentian otot kardium yang terletak di dinding bawah atrium kanan. Nodus ini berfungsi untuk memindahkan impuls kardium dari nodus sinoatrium ke dinding ventrikel bagi membolehkan kedua-dua atrium mengecut dan mengosongkan atrium daripada darah. Darah ini dihantar ke ventrikel sebelum ventrikel mengecut.
popliteal lymph nodenodus limfa popliteusVeterinarPraklinikalSatu atau lebih kumpulan nodus yang terletak dalam fosa popliteus; iaitu di bahagian kaudal pada sendi stifel. Dalam kebanyakan spesies haiwan; nodus ini menerima saliran limfa daripada bahagian distal kaki belakang dan mengarahkan saliran tersebut ke nodus ileum medial. Pada kuda pula; saliran limfa ini diarahkan ke nodus inguina dalam.
Purkinje fibresgentian PurkinjeVeterinarPraklinikalCabang gentian daripada berkas atrioventrikel. Gentian Purkinje menghantar impuls kardium dari nodus atrioventrikel (nodus AV) ke sel ventrikel dan menyebabkan ventrikel mengecut.
intercostal lymph nodenodus limfa interkostaVeterinarPraklinikalNodus limfa kecil yang terletak di bawah membran pleura di hujung dorsal ruang interkosta. Nodus ini menerima saliran daripada struktur di sekeliling spina dan dinding toraks dorsal.
bradycardiabradikardiaVeterinarPraklinikalKadar degupan jantung yang perlahan disebabkan oleh gangguan nodus sinoartrium dan nodus arterioventrikel pada jantung.
12345678910...

Kembali ke atas