Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.kan] | نوکن

Definisi : (Muz) sj seruling yg berasal dr Jepun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nokan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nokannokanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Nokan diperbuat daripada tiub buluh yang berbentuk silinder dan mempunyai tujuh lubang jari. Alat muzik ini ditiup pada sisi dengan nafas yang kuat daripada mulut untuk menghasilkan kualiti bunyi yang nyaring dan tajam. No-kan menghasilkan pic tertentu dan mikroton. Alat muzik ini memainkan melodi dalam ensembel teater tradisional Jepun, iaitu teater noh dan kabuki. Pembuatan flut ini berhubung kait dengan flut ryuteki yang dimainkan dalam orkestra gagaku.

nokan (Jp)nokanKesenianTiadaSeruling berasal dari Jepun.
hayashihayashiMuzikTiada

 Ensembel utama teater noh dan kabuki. Ensembel ini terdiri daripada dua gendang berbentuk jam pasir yang dikenali sebagai o-tsuzumi dan ko-tsuzumi, satu gendang daiko dan flut nokan.

nohnohMuzikTiada

 Teater Jepun yang menggabungkan muzik, tarian dan puisi tentang falsafah agama Buddha. Teater ini telah dicipta oleh Kiyotsugu Kanami dan anaknya Motokiyo Zeami pada abad ke-14. Muzik dalam teater ini terdiri daripada nyanyian pelakon utama atau korus dan muzik instrumental. Noh diiringi ensembel hayashi yang terdiri daripada alat muzik nokan (flut), ko-tsuzumi (dram bahu), o-tsuzumi (dram samping) dan taiko (dram lantai). Sinonim no.


Kembali ke atas