Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Kim) nombor yg menunjukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist nombor yg menun­jukkan bilangan proton di dlm nukleus atom atau bilangan elektron yg mengelilingi nukleus atom neutral. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nombor (kata nama)
Bersinonim dengan angka, bilangan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOMBOR ATOM

Nombor atom lihat Atom.

UMUM 
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS

Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915),

ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang

sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui

hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x

dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan

sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli

sains menentukan nombor atom bagi elemen

yang tidak diketahui dan menyusun unsur

tersebut di tempat yang betul di dalam jadual

berkala (lihat Unsur kimia).

UMUM 
PLUTONIUM

Plutonium ialah bahan kimia yang mempunyai

simbol Pu. Ia merupakan logam radioaktif.

Hampir semua Plutonium merupakan bahan

buatan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang

benar-benar asli. Nombor atom Plutonium ialah 94.

Ia akan mencair pada suhu 460 ° C dan mendidih

pada 3460 ° C. Pada suhu 20 ° C, plutonium

mempunyai kepadatan 19.86 gram padu per

sentimeter (lihat Ketumpatan )

UMUM 
NOMBOR JISIM

Nombor jisim lihat Atom (Nombor jisim).

UMUM 
TELURIUM

Telurium ialah unsur kimia dengan simbol Te. Ia

adalah separa logam. Telurium tulen biasanya

didapati sebagai keluaran sampingan dalam

penapisan tembaga. Secara semula jadi, unsur ini

paling sering wujud berpadu dengan logam

seperti tembaga, emas, plumbum, raksa, dan

perak. Telurium adalah penting dalam pembuatan

aloi tertentu dan dalam penyelidikan separa

pengalir. Ia berfungsi sebagai agen perawatan bagi

getah dan sebagai mangkin dalam penapisan

petroleum. Ia juga digunakan untuk mewarnakan

kaca dan seramik. Nombor atom telurium ialah 52,

dan berat atomnya ialah 127.60. Telurium dalam

bentuk hablur melebur pada 449.8 o C dan mendidih

pada 989.9 o C. Telurium ditemui pada tahun 1782

oleh ahli kimia Austria, Franz Müller von Reichenstein.

UMUM 
MEYER, JULIUS LOTHAR

Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli

kimia Jerman yang membuktikan perhubungan

antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur.

Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang

lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah

membuka jalan ke arah perkembangan carta

berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut

tertib berat atom masing-masing di samping

membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu

mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual

berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam

kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan

proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia

(Jadual berkala).

UMUM 
PROTON

Proton ialah zarah subatom yang bercas positif.

Satu proton membentuk nukleus atom hidrogen

biasa. Proton, berserta lain-lain zarah subatom yang

dikenali sebagai neutron , membentuk nukleus

semua atom lain (liha t Neutr on). Semua atom yang

sama unsur kimianya mempunyai bilangan proton

yang sama. Bilangan proton dalam atom dikenali

sebagai nombor atom unsur.

UMUM 
STRONTIUM

Strontium, unsur kimia, ialah logam lembut,

berwarna keperakan. Ia wujud sebagai bilangan

isotop (atom yang sama nombor atomnya tetapi

berbeza beratnya). Strontium 90 ialah isotop

radioaktif yang berbahaya yang terdapat pada

guguran (serpihan radioaktif di udara) daripada

beberapa letupan nuklear. Keradioaktifan

isotopnya memusnahkan tisu yang menghasilkan

darah pada manusia dan haiwan.

UMUM 
OKTANA

Oktana ialah mana-mana satu daripada 18

sebatian kimia yang terdiri daripada lapan atom

karbon, dan 18 atom hidrogen. Oktana adalah

antara bahan utama petrol. Oktana yang dikenali

sebagai isooktana digunakan dalam campuran

ujian untuk menentukan sebaik mana petrol tahan

terhadap ketukan (lihat Nombor oktana ). Petrol

yang mempunyai nombor oktana tinggi mencegah

ketukan enjin dengan lebih baik daripada petrol

yang mempunyai nombor oktana rendah.

UMUM 
NEPTUNIUM

Neptunium ialah unsur yang dicipta secara

artifisial dengan simbol kimia Np. Nombor

atomnya ialah 93. Isotopnya yang paling stabil

mempunyai berat atom 237 dan separuh hayat

dua juta tahun (lihat Sinaran ). Neptunium ditemui

oleh Edwin M. McMillan dan P.H. Abelson di

University of California, Amerika Syarikat, pada

tahun 1940. Ia mula-mula dihasilkan dengan

membedil uranium dengan neutron perlahan.

Neptunium yang dihasilkan dengan cara ini

adalah tidak stabil dan mereput untuk

membentuk isotop yang boleh digunakan untuk

pembelahan nuklear. Ahli sains mencipta banyak

neptunium dalam reaktor nuklear dan mengkaji

sifat-sifat fizikal dan kimia. Logam neptunium

mempunyai ketumpatan 20.25 gram per

sentimeter padu pada 20 ° C. Ia melebur pada

639°C.

UMUM 
12

Kembali ke atas