Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id, bp nona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata non I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah guna perkataan "kepemerintahan" 2. Boleh kah guna perkataan "non" seperti "non-muslim" atau "non-tradisional". Dalam kamus dewan tiada perkataan "non"

1. Perkataan kepemerintahan tidak ada dalam bahasa Melayu.

2.  Padanan non-muslim, non-traditional dalam bahasa Melayu ialah bukan muslim/Islam, bukan tradisional.

Istilah28.10.2009
Aslm, perkataan inggeris 'non' spt 'non-surgical treatment' ; adakah alih bahasanya - rawatan bukan surgikal atau rawatan tanpa surgikal? kerana maksud non bukan bererti bukan. Mohon penjelasan.Padanan istilah bahasa Melayu untuk "non-surgical treatment" ialah rawatan tanpa bedah (bidang Perubatan).Istilah21.01.2014
Assalamualaikum, Apakah penggunaan yang tepat bagi frasa berikut? 1. Pendekatan Non Kontrastif ATAU 2. Pendekatan Non-kontrastif Sekian, terima kasih.Istilah dan ejaan yang diterima pakai ialah tidak kontrastif, non- dalam bahasa Melayu ialah tanpa atau tidak.Ejaan18.04.2014
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung.Istilah05.02.2014
salam, ingin tahu apakah terjemahan untuk perkataan Non Disclosure Agreement (NDA)? terima kasih Tuan /Puan. wassalam, linmdUntuk makluman, dalam pangkalan data DBP, tidak terdapat terjemahan langsung bagi perkataan “Non-Disclosure Agreement (NDA)?”. Akan tetapi, menurut umum, “Non-Disclosure Agreement (NDA)” bermaksud terdapat satu kontrak yang sah antara dua atau lebih pihak yang menandakan wujudnya hubungan antara pihak yang terlibat. Hubungan tersebut merujuk maklumat yang akan dikongsikan antara pihak terbabit tetapi tidak boleh didedahkan kepada orang awam. Untuk lebih terperinci, tuan/puan boleh menghubungi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).  Penyemakan dan penterjemahan12.11.2015
Bolehkah perkataan "non-addition" dipadankan dengan "ketidaktambahan"?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "non-addition" ialah Tanpa tambahan/tanpa penambahan atau bukan tambahan/bukan penambahan mengikut kesesuaian konteks.Istilah28.05.2021
What is the BM translation for 'non woven material'? Thanks.Padanan untuk 'non woven material' ialah kain tanpa tenun.Istilah12.03.2014
Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali".  Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
Istilah21.03.2017
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal?

Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.)

Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.)

Makna20.08.2009
Mohon terjemahkan dalam Bahasa Melayu: 1. Non-respon bias 2. Partial Least SquareIstilah bahasa Melayu untuk "non respose bias" ialah bias tak respons (bidang Perubatan). Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "partial least square" ialah kuasa dua terkecil separa.Istilah25.09.2016
1234567

Kembali ke atas