Nota kaki ialah nota yang dicetak dalam huruf kecil di sebelah bawah sesuatu halaman. Ia digunakan untuk memberi maklumat yang terlalu panjang atau terlalu terperinci untuk dimasukkan ke dalam kenyataan yang asal. Nota kaki kadangkala digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan atau idea yang mungkin mudah disalahertikan, tetapi biasanya ia hanyalah memetik sumber atau kewibawaan untuk menjelaskan apa yang dikatakan oleh pengarang. Nota kaki membantu memendekkan ayat dan membebaskannya daripada fakta yang berlebihan. |