Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata notes


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya mengenai maksud "Notes" dalam penjelasan bau minyak wangi. contoh, top notes/the notes: lavendar, citrus etc. Terima kasihUntuk makluman, maksud perkataan "notes" yang merujuk kepada bau minyak tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun,  bersama-sama ini disertakan artikel yang diperoleh daripada Wikipedia berkenaan maksud "notes" dalam konteks minyak wangi.Makna11.04.2013
Salam sejahtera. Padanan istilah bahasa Melayu bagi "sticky notes" T.kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Sticky notes". Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "sticky" dan "notes", iaitu lekit dan nota. Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "sticky notes"  ialah nota lekit.Istilah27.08.2013
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih.Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan26.07.2021
Apakah terjemahan bagi "sticky notes"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah sticky note ialah nota lekat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.02.2023
Pecinta Numismatik 9:27AM Assalamulaikum Admin..sy sdg mencari buku seperti link di bawah..masih ada stok tak?? https://www.facebook.com/notes/bulan-bahasa-kebangsaan-malaysia/kenali-tanah-air-kita-pendudukan-jepun-di-tanah-melayu-dan-borneo/492564990859/ Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Borneo Penulis: Mohd Radzi Abd Hamid Penerbit: DBP No. KK: 9596211002274101 No. ISBN: 9789834602277 Tahun Terbitan: 2009Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain30.08.2016

Kembali ke atas