Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.tis] | نوتيس

Definisi : 1. pengumuman tentang sesuatu yg akan berlaku, pemberitahuan, kenyataan; ~ pilihan raya (Udg) notis utk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan; papan ~ papan kenyataan; 2. pemberitahuan awal tentang niat utk menamatkan sesuatu urusan, kontrak, kerja, dsb; dia kena ~ dia dibuang kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.tis] | نوتيس

Definisi : 1 kenyataan (drpd pihak polis, pegawai daerah dll) mengenai sesuatu perkara; pengumuman; maklumat. 2 surat kenyataan kerana hendak berhenti kerja atau kerana akan diberhentikan kerja: Kami terpaksa memberi ~ 24 jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
notis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengumuman, pemakluman, pemberitahuan, kenyataan, maklumat, keterangan, iklan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah nama bagi frasa "Segala kesulitan amat dikesali" yang sering digunakan di notis-notis, dan apakah sejarah kemunculan frasa ini?Soalan saudara tidak jelas. Namun, untuk makluman, ayat "segala kesulitan amat dikesali" merupakan ayat yang kerap digunakan dalam memo atau pernyataan ringkas berkaitan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang atau individu mengalami masalah, contohnya lewat ke sesuatu tempat, terhalang daripada melaksanakan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Ayat yang sama dalam bahasa inggeris, iaitu "any inconvenience caused is regretted". Tidak dapat dipastikan sejarah dan asal usut penggunaan ayat ini. Makna09.07.2020
A. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh notis ini disampaikan. B. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini disampaikan. Jawapan : A atau BNombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Ayat yang lebih tepat: Dengan ini diarahkan tuan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari notis ini disampaikan.Ejaan09.11.2016
Saya ingin mendapat kepastian tentang penggunaan Kata sendi nama 'di' dan 'pada' pada contoh ayat ini. Cikgu Faris telah menampalkan satu notis di/pada papan notis sekolah. Saya keliru kerana ada sesetengah buku kerja di pasaran yang memberi kedua-dua jawapan tersebut. Terima kasih.

Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Kata sendi nama "tempat" juga digunakan untuk menandakan sesuatu "tempat" yang tetap dan letaknya mendahului kata nama  atau frasa nama. "Tempat" di sini dapat merujuk objek atau orang. Oleh itu berdasarkan keterangan kata sendi nama "di" dan "pada" ini, kedua-duanya boleh digunakan dalam contoh ayat tersebut.

Tatabahasa20.07.2009
CONTOH NOTIS KELUAR DARI RUMAH SEWA

Puan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan contoh surat seperti yang puan pohon. Walau bagaimanapun, puan bolehlah mengemukakan draf surat tersebut untuk kami semak penggunaan bahasanya.

Lain-lain18.10.2010
Soalan berkenaan Notis Lesen Anjing. A. Anjing sentiasa diikat oleh pemilik dengan tali atau rantai. B. Anjing sentiasa diikat oleh pemunya dengan tali atau rantai. Jawapan : A atau B Terima kasihAnjing hendaklah sentiasa diikat oleh pemilik/pemunya dengan tali atau rantai.Tatabahasa09.11.2016
Soalan: adakah perkataan `dokumentasi' ini boleh digunapakai untuk kedua-dua keadaan, contohnya: 1)Notis Penyempurnaan Dokumentasi Guaman, 2) Dapatkan Notis Penyempurnaan Dokumen Guaman daripada Undang-undang setelah dokumentasi disempurnakan. Mohon maklumbalas segera.... tq.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dokumentasi ialah himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan. Meruuk istilah, dokumentasi ialah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat yang dirakam dalam dokumen.Makna01.08.2008
Mohon bantuan untuk pemeriksan bagi penggunaan bahasa Melayu untuk notis penting seperti yang dilampirkan:Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, puan boleh menghubungi penanggungjawab untuk semakan notis ini melalui nombor 03-21479110, Puan Assmah Osman.Tatabahasa21.05.2014
makna dan terjemahan maksud kaveat

Puan,

Makna kaveat ialah   notis rasmi kpd mahka­mah bahawa sesuatu tindakan tertentu tidak sepatutnya diambil tanpa memberitahu orang yg memberikan notis ini; pengkaveat orang yg memfailkan (mendaf­tarkan) kaveat.

Makna14.06.2010
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
Apakah terjemahan yang sesuai untuk maksud "Service of Notice". Notis ini merujuk kepada surat berperingkat yang dikeluarkan oleh jabatan. Ia terdiri daripada Surat Amaran, Surat Peringatan, Surat Panggil, "Sub-poena" dans ebagainya. Terma "Service of of Notice" diperlukan dalam Bahasa Melayu kerana pihak kami sedang membuat dokumentasi carta proses kerja dalam Bahasa Melayu.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Service of Notice. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan dat kami terdapat istilah service of default notice (bidang Undang-Undang)  yang padanan bahasa Melayunya ialah penyampaian notis kemungkiran. Oleh itu, cadangan padanan bahasa Melayu untuk service of notice ialah penyampaian notis.Istilah27.06.2011
123456

Kembali ke atas