Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.va] | نوۏا

Definisi : (Ast) bintang yg secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nova


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOVA

Nova merupakan letupan yang menyebabkan

sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga

mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan

matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah

itu selama sebulan atau lebih lama sebelum

beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang

asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan

debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud baru.

Manusia pernah tersalah tanggap kerana

menyangka nova sebagai bintang baru.

UMUM 
NOVA SCOTIA

Nova Scotia (pend. 899 942) merupakan salah satu

daripada empat buah Provinsi Atlantik Kanada. Ia

termasuk semenanjung tanah besar Kanada dan

juga Pulau Cape Breton.

Industri perkhidmatan merupakan aktiviti

ekonomi yang utama di Nova Scotia. Industri

perkhidmatan ini termasuk pendidikan, kerajaan,

dan hotel serta restoran. Pemprosesan makanan juga

penting kepada ekonomi provinsi ini. Halifax ialah ibu

negeri Nova Scotia. Lihat Kanada.

UMUM 
PROVINSI ATLANTIK

Provinsi Atlantik ialah empat provinsi Kanada,

iaitu New Brunswick, Newfoundland, Nova Scotia,

dan Pulau Prince Edward. Tiga daripada provinsi

ini – New Brunswick, Nova Scotia, dan Pulau Prince

Edward – kadangkala dikenali sebagai provinsi

Maritim.

UMUM 
SPRING BEAUTY

Spring beauty ialah nama bunga liar yang

tumbuh di hutan di Amerika Utara dari Nova Scotia

hingga ke Georgia dan dari Saskatchewan hingga ke

Texas. Daunnya yang panjang, sempit tumbuh pada

batang setinggi 15 sentimeter hingga 30 sentimeter.

Ia mempunyai dua spesies. Virginia, jenis yang lebih

biasa, mempunyai bunga berwarna putih dan samar

berserta uratnya berwarna merah. Spring beauty

Virginia berbunga terlalu awal hinggakan ramai

orang menamakannya Mayflower atau good

morning spring (selamat pagi musim bunga). Jenis

Carolina mempunyai bunga berwarna putih.

UMUM 
TELUK FUNDY

Teluk Fundy ialah pemanjangan dari Lautan

Atlantik Utara yang memisahkan New Brunswick

daripada bahagian barat Nova Scotia, Kanada.

Teluk ini lebarnya kira-kira 100 kilometer di

bahagian muaranya. Ia menganjur hingga

kira-kira 240 kilometer ke pedalaman, dan di

sini teluk ini berpecah kepada

Teluk Chignecto dan Lembangan Minas.

UMUM 
PULAU CAPE BRETON

Pulau Cape Breton ialah pulau besar di luar

pantai Atlantik di Kanada. Ia membentuk

sebahagian daripada provinsi Nova Scotia.

Keluasannya 10 311 kilometer persegi. Sebuah tasik

air masin yang dinamakan Tasik Bras d’Or meliputi

kira-kira satu per enam daripada kawasan tersebut.

Tasik ini merupakan unjuran Lautan Atlantik.

UMUM 
NEW HOLLAND

New Holland. Pada tahun 1642, Abel Tasman,

ahli pelayaran Belanda, hampir-hampir belayar

mengelilingi benua Australia. Peta Belanda

dihasilkan berdasarkan pelayarannya ke Australia,

Van Diemen’s Land (kini Tasmania), dan New

Guinea sebagai satu benua yang dikenali sebagai

Nova Hollandia (New Holland).

UMUM 

Kembali ke atas