Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.vel] | نوۏل

Definisi : cerita dlm bentuk prosa, biasanya pan­jang dan kompleks, yg berkaitan dgn pe­ngalaman manusia dan kelakuan sosial; ~ murahan novel yg rendah nilai kan­dung­annya atau mutu fizikalnya; bernovel bergiat dlm penulisan novel; pernovelan perihal menulis novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.vel] | نوۏل

Definisi : cerita dlm bentuk prosa yg agak panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata novel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekaliNovel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya.Lain-lain25.08.2009
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ?Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur.Tatabahasa11.08.2010
SAYA SUKA MEMBACA BUKU-BUKU MOTIVASI DIRI DAN NOVEL-NOVEL TAPI MALANGNYA SAYA SERING DI KETAWAKAN OLEH RAKAN-RAKAN KERANA SUSUNAN AYAT, EJAAN DAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG SALAH. KATA ORANG SERING MEMBACA ILMU PENUH DIDADA TAPI KENAPA SAYA BEGINI? :-(Untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu saudara, kami sarankan saudara banyak membaca buku-buku tentang bahasa, buku-buku motivasi dan novel pun boleh dibaca tetapi saudara hendaklah memilih buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang menghasilkan buku-buku berkualiti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain24.11.2009
Rahman Haji Yusof Aug 21st, 12:32pm Assalamualaikum. Saya Rahman Haji Yusof pemenang ketiga sayembara novel Citra Malaysia 2013 merayu kepada KP DBP agar diterbitkan segera novel-novel yg menang. Saya sudah tua ingin melihat karya saya diterbitkan sebelum saya meninggal. Terima kasih dan salamWaalaikummusalam, Tuan, berkenaan perkara ini, kami akan panjangkan kepada KP DBP. Walau bagaimanapun, terbitan ini novel bergantung pada manuskrip dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa penerbitan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Ketua Buku Sastera, Datin Hajijah Jais di talian 03-21479697 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my.Lain-lain21.08.2014
Apakah yang dimaksudkan dengan novel popular dan novel berat? Apakah perbezaan yang ketara antara kedua-dua jenis novel?

             Untuk pengetahuan saudara, belum ada definisi yang tuntas berkaitan dengan novel popular dan novel serius. Walau bagaimanapun kedua-dua novel ini dapat  dibezakan. Antara ciri-ciri novel popular ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel popular diminati oleh golongan remaja. Novel  popular juga  mempunyai nilai komersial, yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya.

 

              Manakala novel serius pula dikenali juga sebagai novel intelektual iaitu novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel serius, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. 

Sastera28.11.2019
salam......apakah maksud novel dan filem...... banyak novel yang diadaptasi ke filem, apa kaitan/hubungan novel dan filem....terima kasihNovel ialah cerita rekaan (cereka) yang dipaparkan melalui perkataan sementara filem adalah cereka yang dipaparkan melalui audio visual (alat pandang dengar). Kaitan /hubungan novel dan filem ialah kedua-duanya adalah alat penceritaan suatu peristiwa atau kisah atau cerita cuma mediumnya berbeza iaitu novel melalui perkataan/bahasa dan filem melalui alat pandang dengar.Lain-lain11.08.2008
salam hormat.. saya ingin tahu bagaimana sesebuah novel itu boleh dikategorikan sebagai novel yang mempunyai nilai komersial & nilai intelektual serta bagaimana pula sebaliknya?Salam hormat. Untuk pengetahuan saudara, novel yang mempunyai nilai komersial ialah novel yang lebih mengutamakan keuntungan daripada penjualan novel tersebut atas kemampuannya menambat hati pembaca untuk membelinya. Antara ciri-ciri novel komersial ialah mempunyai tema cerita yang banyak menekankan persoalan cinta yang sememangnya memenuhi ruang kehidupan muda-mudi, ceritanya santai yang tidak meninggalkan kesan pembacaan, dan plot cerita yang mudah yang tidak perlu menggunakan daya intelektual yang tinggi untuk memahaminya. Biasanya novel komersial juga merupakan novel popular yang diminati oleh golongan remaja. Novel intelektual pula ialah novel yang memberi banyak maklumat  dalam pelbagai bidang ilmu yang dapat menambah pengetahuan pembaca. Tema dan persoalannya serius yang memaparkan tentang  keagungan tamadun bangsa, mengandungi unsur falsafah dan pemikiran,  dan plot cerita yang kompleks yang memerlukan daya berfikir yang tinggi daripada pembaca untuk memahaminya. Dengan membaca novel intelektual, pembaca akan mendapat kesan intelektual yang tinggi yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan. Lain-lain08.01.2010
boleh saya tau adakah DBP menerima novel dewasa (bertemakan cinta dan masyarakat), novel remaja, puisi dan sajak? Dan berapa muka surat yang sepatutnya untuk novel dewasa, novel remaja, puisi dan sajak?Assalamualaikum,  
Untuk makluman tuan, DBP menerima karya dalam pelbagai genre dan tema termasuklah tema seperti yang tuan sebutkan itu. Walau bagaimanapun, karya hendaklah karya yang serius; bukan karya popular ataupun picisan. Tema cinta yang digarap secara biasa dan bersifat luaran/mudah  mungkin tidak sesuai. Penulis dinasihatkan agar menggunakan pendekatan yang mampu mencabar minda pembaca. Untuk novel dewasa, panjang karya ialah antara 300 -500 halaman, Kumpulan/Antologi Cerpen, minimum 20 buah cerpen dengan ketebalan manuskrip antara 300-500 halaman, Kumpulan/Antologi Puisi, 120-150 buah puisi/sajak, dan untuk novel remaja pula ketebalannya ialah antara 120 hingga 250 halaman.
Lain-lain07.01.2013
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan data dan statistik bagi pembacaan novel khususnya Novel Remaja pada masa kini? Ini adalah kerana saya sedang membuat kajian mengenai bacaan Novel Remaja dikalangan masyarakat Malaysia. Moga pihak tuan dapat membantu dalam penyelidikan saya. Terima kasih.Tiada kajian khusus berkaitan pembacaan novel, namun puan boleh menulis surat rasmi kepada Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Aras 21, Menra DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui telefon 03-2147 9293/e-mel hanafi@dbp.gov.my.Penyelidikan31.10.2014
Apakah contoh-contoh novel kanak-kanak yang berunsurkan islam?Semua novel kanak-kanak yang diterbitkan oleh DBP mempunyai unsur-unsur Islam, kerana dalam setiap novel nilai-nilai murni menjadi salah satu nilai yang diterapkan dalam novel.  Setiap novel yang dipilih untuk diterbitkan mesti mempunyai nilai murni, seperti berbudi bahasa, berbaik sangka, ketaatan kepada ibu bapa, menghormati orang tua dan sebagainya.Lain-lain16.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas