Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.vel] | نوۏل

Definisi : cerita dlm bentuk prosa, biasanya pan­jang dan kompleks, yg berkaitan dgn pe­ngalaman manusia dan kelakuan sosial; ~ murahan novel yg rendah nilai kan­dung­annya atau mutu fizikalnya; bernovel bergiat dlm penulisan novel; pernovelan perihal menulis novel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.vel] | نوۏل

Definisi : cerita dlm bentuk prosa yg agak panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata novel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
novelnovelKesusasteraanTiadaFisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali bermaksud �perkhabaran baharu�. Lihat juga novel gotik, novel lirik, novel picisan, novel pikares, novel psikologi.
lyrical novelnovel lirikKesusasteraanTiadaNovel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel.
sociological novelnovel sosiologikalKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan masalah sosial atau politik dalam sesuatu masyarakat atau kehidupan. Tekanan persekitaran biasanya mempengaruhi watak dan peristiwa dalam novel ini. Novel sosiologikal juga memaparkan masalah sosiopolitik di samping menyarankan pembaharuan dan perubahan bagi menangani setiap permasalahan tersebut. Contohnya novel bertajuk Empangan oleh Zakaria Ali. Novel ini mendedahkan penindasan golongan korporat gergasi terhadap kelas bawahan dan orang kampung. Lihat juga kritikan sosial.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik.
romantic novelnovel romantikKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aksi dan bukannya perwatakan. Novel ini mengisahkan tentang cerita pengembaraan, peristiwa pelik, dan peristiwa penuh misteri. Novel ini digubah berasaskan imaginasi pengarangnya, dan digemari oleh mereka yang inginkan pelarian daripada dunia nyata. Contoh sastera Barat yang digolongkan dalam kategori ini ialah Tom Jones oleh Henry Fielding dan the House of Seven Gables oleh Nathaniel Hawthorne.
dime novelnovel picisanKesusasteraanTiadaNovel yang kandungannya berkisar tentang kisah cinta, peperangan, pengembaraan dan keganasan yang disampaikan secara sensasi dan melodramatik. Novel ini tidak serius, membicarakan persoalan ringan, biasanya dijilid dengan kulit lembut dan harganya murah. Novel ini sering mendapat sambutan daripada peminatnya, terutamanya daripada golongan remaja. Lihat juga cerita picisan.
epistolary novelnovel warkahKesusasteraanTiadaNovel yang mengemukakan persoalannya dalam bentuk surat yang ditulis oleh satu watak atau beberapa watak dalam novel tersebut.
archetypal novelnovel asliPerpustakaanTiadaNovel yang mendeskripsi atau menggambarkan cerita-cerita roman terawal, hikayat dan karya fiksyen yang menjadi perintis kepada novel moden.
picaresque novelnovel pikaresKesusasteraanTiadaNovel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira.
Gothic novelnovel GothKesusasteraanTiadaNovel yang berciri magis, misteri dan kepahlawanan.
12345678910...

Kembali ke atas