Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nun] | نون

Definisi : ; ikan ~ sj ikan yg besar (dlm cerita-cerita sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nun] | نون

Definisi : sana, di sana: ~ di sana itu kilang getah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nun] | نون

Definisi : 1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50); 2. huruf ke-29 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nun] | نون

Definisi : di sana; sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[nun] | نون

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan yg besar (dlm cerita saja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nun buoyboya konGeografiTiadaTiada
nun's veilinglayah rahib perempuanKesenianTiadaTiada
نnunAgama IslamHadithSingkatan kepada al-Nasa’I yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatnya di dalam kitab Sunan Nasa’i.
نجاnun-jim-alifAgama IslamHadithSingkatan kepada Ibn al-Najjar yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Dhail ‘Ala Tabaqat al-Huffaz.
نيعnun-ya-‘ainAgama IslamHadithSingkatan kepada Ibn Mani yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Saghir.
سنsin-nunAgama IslamHadithSingkatan kepada Ibn al-Sunniy yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab ‘Amal al-Yawm wa al-Laylat.
masculine rhymerima ekasukuKesusasteraanPuisiRima yang terbentuk kesan daripada penggunaan diksi atau kata yang terdiri daripada ekasuku. Umpamanya penyair menggunakan kata jam, bah, pun, nun, yang, tak ,Jin dan lain� lain sama ada dalam baris mahupun di akhir baris sesebuah sajak. Namun dalam proses penciptaan sesebuah puisi itu, penyair jarang sekali menggunakan kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu bagi tujuan memunculkan unsur rima sama ada di tengah atau di akhir. Tambahan pula dalam kosa kata bahasa Melayu kata-kata yang terdiri daripada ekasuku itu jumlahnya amat kecil.
masculine endingakhiran ekasukuKesusasteraanPuisiPemilihan diksi atau kata yang digunakan di hujung setiap baris, rangkap ataupun puisi. Umpamanya berakhir dengan kata yang, pun, sah, tak, dan, kau, nun dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam penciptaan puisi Melayu, kata-kata yang terdiri daripada ekasuku ini jarang-jaranz sekali digunakan di akhiran. Contohnya, puisi ''Musim Bah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
novelnovelKesusasteraanTiadaFisyen yang menampilkan watak, plot, latar, peristiwa dan sudut pandangan secara tersusun. Novel dibangunkan untuk memaparkan pertikaian, ketegangan dan konflik yang biasanya dileraikan pada akhir cerita. Kisah atau cerita dalam novel agak panjang, biasanya melebihi 5000 patah perkataan. Ada pelbagai jenis novel antaranya, novel gotic. Pikares, picisan, psikologi, romantik dan lain-lain. Antara kategori novel ialah novel dewasa, remaja dan kanak-kanak. Novel mengetengahkan tema yang pelbagai, biasanya mengandungi unsur pengajaran. Contoh novel ialah Hujan Sudah Teduh oleh Zaharah Nawawi, antara Dendam dan Perjuangan oleh Ali Jusuh dan novel Sultan Baginda oleh Shahnon Ahmad. Contoh novel dalam bahasa Arab ialah Shajarat-al-Bu�s olehTaha Husayn dan Salwa fi Mahabb al-Rih oleh Mahmud Taymur, novel Parsi ialah Nun va al-Qalam oleh Jalal al-i Ahmad, dan novel Turki ialah Benim Adim Kirmizi oleh Orhan Pamuk. Novel berasal daripada perkataan Inggeris novel bermaksud �baharu�, atau novella dalam bahasa Itali bermaksud �perkhabaran baharu�. Lihat juga novel gotik, novel lirik, novel picisan, novel pikares, novel psikologi.
exemplumcerita moralKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral.
12

Kembali ke atas