Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nur] | نور

Definisi : Ar cahaya, terang; ~ al-ain cahaya mata (kekasih); ~ Muhammad cahaya yg diberikan kpd Muhammad SAW (dlm wahyu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nur] | نور

Definisi : cahaya; terang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nur
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :cahaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nur Uswah SAT 16:40 Nur Uswah Nur Assalamualaikum.. nk bertanya.. ada kerja freelancer utk menterjemah buku? Sy tiada pengalaman tetapi ingin mencuba.. buat permulaan mungkin buku kanak kanak..Untuk makluman puan, DBP tidak terlibat dengan penterjemahan kecuali yang diuruskan oleh pegawai dalaman sahaja.Lain-lain07.01.2017
Nur Hidayah Abdullah SAB 12.55 PAGI Nur Hidayah Abdullah Nur salam, saya nk tanya, 1)jika perkataan "dari", selepas dia mestilah menggunakan perkataan yg merujuk (arah,masa dan tempat) kan? jadi nk tanya, jika ayat begini,, .....................dari/daripada pihak universiti. mana satu yang betul? 2) perkataan "facebook" adakah tergolong dalam kata nama khas atau perkataan bahasa asing? dan bagaimanakah pengunnan perkataan tersebut di dalam tulisan rasmi, adakah perlu sekadar huruf besar di depan(Facebook) atau perlu diitalickan?1. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Ciri-ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama "daripada" yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Penggunaan hendaklah berdasarkan konteks ayat. 2. Facebook merupakan kata nama khas yang dieja dengan huruf besar pada pangkal perkataan.Tatabahasa06.05.2017
Assalam. Jika mahu gabungkan perkataan Abdu dan An-Nur untuk membawa maksud hamba Allah, bagaimana ejaan dan penggunaan huruf besar yang betul? 1) Abdul Nur, 2) Abdunnur, 3) Abdun Nur, 4) Abdun-Nur? Atau selain yang saya tulis di atas? Mohon cadangan. Terima kasih.Wassalam,

Mohon maaf tuan/puan, soalan ini diluar skop kami untuk menjawab kerana perkara tersebut berkaitan dengan nama khas dan merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab.
Lain-lain12.10.2018
Nur Afya CollectionSalam sejahtera,

Puan,

Mohon kemukakan soalan puan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.01.2018
Nur Humairah Sahanizan 3.57 PTG Assalamualaikum tuan/puan boleh saya bertanya tentang apakah email untuk Editor Dewan Sastera, Dewan Bahasa&Pustaka?Sila hubungi Ketua Editor Majalah melalui talian 03-21479000 atau e-mel azmi@dbp.gov.my.Lain-lain20.10.2017
Nur Fatimah Mohd Noor SAB 9.03 PTG Assalamualaikum.saya ingin bertanya..pihak DBP ada tak mengeluarkan kamus daftar kata jawi.. Ejaan jawi terkini.. klo ada..di manakah saya boleh dapatkan kamus tersebut?Untuk membuat rujukan berkaitan ejaan jawi, Puan boleh dapatkan buku "Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.Lain-lain13.06.2017
Nur Hidayah SAT 14:46 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya nak bertanya sesuatu. Di negara kita, siapakah penulis kreatif yang bukan dalam bidang penulisan selain drpada Nisah Harun, Shahkang dan sebagainya? Boleh saya dapat senarai penulis yang bukan dalam bidang karya penulisan kreatif ? TERIMA KASIHSalam, Untuk makluman, pihak kami tidak ada menyimpan sebarang data berkenaan perkara tersebut.Lain-lain11.03.2017
Nur Farizah FRI 11:46AM As Salam ... Saya ingin membantu sahabat saya Nama Pena : Puteri Kalam. Beliau ber giat aktif dalam penulisan cerpen suatu ketika dulu. Awal 1990 an. Pernah memenangi pertandingan cerpen utama remaja utusan Melayu public bank 1990 seangkatan lim Swee tin Nm sbnr .. Putri Suzana Aida Beliau tidak sihat dalam tempoh yang lama.. Dan kini semakin sembuh. Beliau ingin mendapatkan semula koleksi2 cerpen memandabgkan beliau berhasrat untuk menulis semula. Moga pihak tuan dapat memberi pandangan dan info terkini. No telefon saya 0192764141 Terima kasihKami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan pihak penganjur, iaitu Utusan Melayu (M) Berhad untuk urusan berkenaan. DBP tidak berhak menyimpan karya pihak luar yang tidak diterbitkan melalui DBP. Jika ada karya tuan diterbitkan melalui majalah keluaran DBP, tuan boleh membuat semakan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain15.07.2016
Nur Dhabitah Nov 6th, 7:39pm salam. saya nak bertanya, mana yg betul, Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-1 @ Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama?Bentuk penulisan yang betul ialah "Majlis Khatam Al-Quran", lazimnya majlis yang julung-julung kali diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya seperti "Majlis Khatam Al-Quran ke-2".Tatabahasa06.11.2015
Nur'ain Iman Jun 30th, 5:59pm Salam sejahtera, saya ingin bertanya untuk penggunaan 'ku' singkatan untuk 'aku'. Saya faham bahawa ku jika digandingkan dengan KN, ia jadi rumahku, penselku dsbnya. Namun demikian, bagaimana pula dengan KK? Kubaca? Atau ku baca?Salam sejahtera, Untuk makluman, kependekan "ku" boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kepegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya. Contoh menemaniku, memarahiku.Lain-lain30.06.2015
1234567

Kembali ke atas