Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.san.ta.ra] | نوسنتارا

Definisi : kepulauan Melayu; kenusantaraan hal yg berkaitan dgn Nusan­tara: berpegang teguh pd asas kebersamaan utk mempertahankan sifat ~ yg asasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.san.ta.ra] | نوسنتارا

Definisi : Kepulauan Melayu. kenu­­­­santa­raan hal berkaitan dgn Nusantara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nusantara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul? alam melayu nusantara atau alam nusantara melayu. terima kasih

Jawapan yang betul ialah alam Melayu Nusantara.

Lain-lain04.02.2010
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit?

Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza.

Lain-lain23.06.2008
saya pelajar kelas dasar univesiti fatoni ingin bertanya tata bahasa apakah makna nusantara, terima kasih.Kamus Pelajar mendefinisikan nusantara sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Sila layari nusantara&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nusantara&d=1 untuk lebih lanjut.Makna07.04.2015
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara?

Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain07.01.2011
Apakah definisi 'bahasa slanga' mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei : 2003?Mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei "Bahasa Slanga "bermaksud : ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau musiman, biasanya digunakan oleh kaum remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi dalam kelompok itu sendiri.Makna13.08.2014
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap?

Saudara,

Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan  calon, perabot, awet dsb.

Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf).

Tatabahasa16.09.2010
Adakah ayat ini betul? Mohon cadangan pihak tuan: 1.Adalah terlalu kompleks untuk mensusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun.Ayat yang betul ialah "Adalah terlalu kompleks untuk menelusuri salasilah ilmu perubatan herba di Nusantara ini yang telah menjangkau puluhan ribu tahun"Tatabahasa18.12.2022
Apakah asal usul bahasa melayu?

Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain29.08.2023
Adakah bahasa melayu dengan bahasa indonesia mempunyai assal usul yang sama?Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain08.10.2012
Sudirman Aminin 5HB JULAI 2.44 PTG Bahasa Melayu Nusantara harus dibina dan dikembangkan, sehingga menjadi bahasa dunia ... aminTerima kasih atas pandangan yang tuan berikan.Lain-lain05.07.2017
123456

Kembali ke atas