Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nu.trien] | نوتريئن

Definisi : (Bio) bahan makanan berkhasiat, zat makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nu.trien] | نوتريئن

Definisi : ist bahan berkha­siat atau zat dlm makanan, yg meng­galakkan tum­besaran, memelihara per­kembang­an sel dlm badan dsb; zat makan­an: Ikan banyak mengandungi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nutrien


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nutrient balancekeseimbangan nutrienPertanianAgroteknologiPerbezaan antara nutrien (termasuk baja asli atau baja kimia) yang memasuki sesuatu ladang dengan nutrien yang dikeluarkan dari ladang itu melalui hasil tanaman yang dituai. Keadaan yang terbaik ialah apabila tidak ada perbezaan antara nutrien yang masuk dengan nutrien yang keluar. Sekiranya nutrien yang dikeluarkan lebih banyak daripada nutrien yang masuk, keadaan tanah akan mengalami kemerosotan nutrien dan hasil tanaman akan berkurangan. Sebaliknya, sekiranya nutrien yang masuk lebih banyak daripada yang ke luar, maka pembaziran nutrien akan berlaku, serta boleh menyebabkan terjadinya pencemaran tanah dan pencemaran air akibat nutrien yang berlebihan.
fortificationpenguatanMakanan dan PemakananPemakananPenambahan nutrien ke dalam makanan sama ada pada asalnya makanan tersebut tidak mengandungi nutrien atau nutrien berada dalam jumlah yang sangat sedikit. Penguatan dijalankan untuk mencegah kekurangan nutrien atau menyeimbangkan jumlah profil nutrien dalam makanan. Contohnya, penambahan vitamin D ke dalam susu.
nutrient densityketumpatan nutrienMakanan dan PemakananPemakananJumlah kandungan nutrien yang dibekalkan bagi setiap kalori makanan. Semakin tinggi kandungan nutrien (vitamin dan mineral) dan lebih rendah tenaga (kkal), maka semakin tinggi ketumpatan nutrien. Makanan tumpat nutrien adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi jumlah nutrien yang tinggi, tetapi rendah nilai kalori.
critical nutrient contentkepekatan nutrien kritikalPertanianAgronomi

 Kandungan minimum sesuatu nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang terdapat dalam tisu tumbuhan, yang tidak menunjukkan kesan kekurangan nutrien. Sekiranya kandungan nutrien itu kurang daripada kepekatan kritikal, maka kadar tumbesaran tumbuhan akan terencat dan tumbuhan menunjukkan kesan kekurangan nutrien seperti kekuningan daun untuk nitrogen dan daun berwarna ungu apabila kekurangan fosforus. Kandungan yang melebihi kepekatan nutrien kritikal tidak menyebabkan sebarang kesan kepada tumbuhan melainkan kepekatan meningkat terlalu tinggi dan menimbulkan kesan toksik nutrien yang berlebihan.

correction blockblok pembetulanVeterinarTiadaBahan yang berupa blok garam atau garam jilat yang menampung kekurangan sesuatu nutrien yang telah dikenal pasti. Contohnya, blok kobalt yang mengandungi unsur kobalt akan diberi kepada ternakan yang mengalami kekurangan kobalt. Selain unsur mineral, blok pembetulan juga biasanya mengandungi nutrien-nutrien lain seperti protein, lemak, vitamin dan tenaga. Contohnya, blok multinutrien turut mengandungi nutrien seperti urea, molases dan garam.
nutrient deficiencykekurangan nutrienVeterinarTiadaKandungan sesuatu nutrien dalam rumusan makanan yang tidak mencukupi untuk keperluan asas atau keperluan pertumbuhan dan pengeluaran. Kekurangan nutrien dalam makanan boleh berlaku kerana kesilapan semasa pengiraan atau pencampuran bahan yang tidak sempurna. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kelebihan sesuatu nutrien yang menghalang atau bergabung dengan bahan lain sehingga mengurangkan penyerapan nutrien tersebut. Tanda-tanda kekurangan sesuatu nutrien akan jelas kelihatan pada ternakan apabila keadaan ini berlaku berpanjangan, misalnya pertumbuhan atau pengeluaran susu yang terjejas disebabkan kekurangan tenaga dan protein. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan penyakit rabun malam, manakala kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi. Kekurangan mineral seperti zink dan kuprum pula boleh menjejaskan sistem pembiakan ternakan.
closed hydroponics systemsistem hidroponik tertutupPertanianAgroteknologiSistem hidroponik yang melibatkan kitaran semula nutrien yang dibekalkan kepada tanaman. Sistem ini mempunyai tangki nutrien, dan pemberian air serta nutrien disalurkan kepada tanaman di dalam bekas dan dikembalikan kepada tangki menggunakan pam elektrik. Keadaan nutrien perlu dipantau supaya ciri pH dan kemasinan nutrien dapat dikawal pada tahap yang sesuai untuk tanaman. Sistem ini biasanya tidak menggunakan media tanaman seperti tanah. Terdapat beberapa kaedah dalam sistem ini termasuk sistem kultur air dalam (DWC) dan teknik lapisan nutrien (NFT). Singkatan CHS. Lihat juga teknik lapisan nutrien, sistem kultur air dalam.
diagnosis and recommendation integrated systemsistem bersepadu diagnosis dan pengesyoranPertanianAgroteknologiSistem yang digunakan bagi menentukan keperluan baja untuk sesuatu tanaman. Tanaman memerlukan nutrien seperti nitrogen, fosforus, kalium, kalsium dan magnesium untuk tumbesaran dan penghasilan. Sekiranya nutrien tidak mencukupi, ia akan menyebabkan kemunculan tanda-tanda tertentu seperti pertukaran warna pada daun tumbuhan. Kemunculan tanda-tanda ini menunjukkan kekurangan nutrien berada pada tahap serius. Oleh sebab itu, sistem DRIS digunakan dengan mengambil sampel daun yang dianalisis di dalam makmal untuk menentukan kandungan nutrien. Kandungan nutrien daun akan dibandingkan dengan tahap kritikal yang telah ditentukan untuk tanaman berkenaan dan sekiranya kandungan nutrien daun adalah di bawah tahap kritikal, maka penambahan nutrien melalui baja atau semburan daun akan disyorkan. Sebaliknya, jika kandungan nutrien melebihi tahap kritikal, pembajaan tidak akan disyorkan. Singkatan DRIS.
leaf nutrient diagnosisdiagnosis nutrien daunPertanianAgroteknologiKaedah menentukan status kecukupan nutrien dalam tanaman dengan menggunakan analisis daun untuk mengukur kandungan nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Contohnya bagi tanaman kelapa sawit, pelepah nombor 17 digunakan sebagai sampel analisis. Sekiranya nitrogen didapati rendah daripada 1.8%, maka tanaman ini dianggap mengalami kekurangan nitrogen.
nutrient film techniqueteknik lapisan nutrienPertanianAgroteknologiKaedah penanaman dalam sistem hidroponik yang menggunakan air mengandungi nutrien yang disalirkan kepada akar tanaman dalam lapisan yang cetek, lebih kurang 0.5 mm. Nutrien ini dikitar semula menggunakan pam. Kebaikan sistem ini ialah akar mendapat air dan oksigen yang cukup kerana sebahagian akar terdedah kepada udara. Walau bagaimanapun, masalah boleh berlaku sekiranya pam yang digunakan rosak dan tanaman mudah mati kerana airnya yang cepat kering. Singkatan NFT.
12345678910...

Kembali ke atas