Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyah] | ڽه

Definisi : bk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik; mengenyahkan 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, meng­hapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; ternyah telah disingkirkan (diketepikan, di­hapuskan dsb), terhapus: kanak-kanak di­dedahkan kpd watak-watak “hebat” yg ~ drpd kualiti yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan; pengenyahan perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (me­lenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyah] | ڽه

Definisi : bk pergi: ~ engkau dr sini! me­­ngen­yahkan 1 menghalau supaya pergi; menyuruh pergi. 2 menge­luarkan: Paru-paru mengambil baha­gian penting dlm kerja ~ karbon dioksida. pengenyahan hal, proses menge­n­yahkan atau mengeluarkan; pem­buang­an; pengeluaran: Organ utama yg berkaitan dgn ~ bahan-bahan sisa dlm tubuh ialah buah pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyah (kata kerja)
Bersinonim dengan pergi, berhambus, lari, nyit, siuh, keluar, sigak;,
Kata Terbitan : mengenyahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nyah, terbitannya mengenyahkan. Nyah toksik, terbitannya mengenyahtoksikkan. Mohon penjelasan.Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Nyahtoksik (dieja sebagai satu perkataan) menjadi menyahtoksik apabila menerima awalan meN-.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa18.05.2010
Rujukan saya: SK3/22/5/2018 1. Perkataan nyah. Boleh tak perkataan nyah ditambah imbuhan selain daripada yang diketahui dan perkataan yang digunakan secara meluas. Cth. Dinyahsahkan. Penyahgunaan. 2. Ada tak istilah khas untuk "usul yang dah diluluskan". Satu atau 2 perkataan pendek. 3. perbahasan tentang usul-usul lulus pada mesyuarat lepas << adakah betul ayat ni? “usul lulus” boleh tak pakai? 4.Adakah semua perkataan boleh ditambah imbuhan? Semua jenis imbuhan maksud saya. Spt pendelegasian. Mendelegasikan. Di dalam buku apakah boleh saya menemukan formula/kaedah dalam menentukan boleh atau tidak imbuhan ditambah dalam mana-mana perkataan.1. Secara umumnya, setiap perkataan baharu boleh diwujudkan dengan syarat betul dari segi morfologi. Sekiranya pihak tuan ada perkataan baharu boleh dicadangkan kepada DBP dan pihak DBP akan mengesahkan penggunaan perkataan tersebut secara rasmi.

2. Usul diluluskan.

3. Perbahasan tentang usul yang diluluskan.

4. Boleh. Perkataan "Pendelegasian" digunakan oleh pihak Indonesia, Malaysia mencadangkan "perwakilan". Tuan boleh rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mempelajari pembetukan kata terbitan.

Lain-lain22.05.2018
Di halaman 1087 Kamus Dewan Edisi Keempat ada masukan -nyah- yang dikatakan awalan asing yang bermaksud buang atau hapus. Perkataan contoh yang diberikan ialah nyahcas dan nyahwarna. Mohon nyatakan bahasa sumber bagi awalan -nyah- itu. Terima kasih.Awalan "nyah-" ialah padanan bahasa Melayu untuk awalan bahasa Inggeris de- atau dis-. Contohnya, discharge menjadi nyahcas, deceleration menjadi nyahpecutan.Istilah29.12.2012
apakah imbuhan awalan men- untuk kata nyah(buang/hapus) menyah atau mengnyah? mana satu betul?Kata dasar nyah menjadi mengenyah apabila menerima awalan menge- yang diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu.Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 155 untuk keterangan lanjut.Tatabahasa06.08.2014
Nyah engkau dari sini …! Ayat ini menggunakan elipsis sebelum tanda seru untuk menunjukkan penegasan, kepanjangan atau gema. Adakah DBP menerima gaya ini?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Nyah engkau dari sini!". Penggunaan elipsis lazimnya digunakan dalam ayat penyata bagi menyebut sebahagian sahaja daripada petikan, manakala ayat seru lazimnya tidak panjang (tidak perlu tanda elipsis) dan senafas.Lain-lain13.01.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin bertanya ejaan yang betul. Adakah nyah beku atau nyahbeku? Adakah perkataan pengsubkulturan betul? Sekiranya salah, apakah penggunaan imbuhan apitan yang betul untuk proses subkultur? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "nyah beku" dan tidak ada imbuhan "pensubkulturan" dalam data kami. 
Istilah10.07.2019
Penggunaan perkataan yang betul. 1. 'penyahsenaraian' dari bursa saham; atau 2. 'pengenyahsenaraian' dari bursa saham. Sekian, terima kasih.

Awalan nyah- bermaksud hapus, buang. Apabila awalan nyah- digabungkan dengan kata senarai maka terbentuk kata nyahsenarai, dan akan membentuk kata terbitan penyahsenaraian. Frasa yang betul ialah penyahsenaraian daripada bursa saham (bukan dari bursa saham).

Tatabahasa14.01.2015
Salam. Bolehkah kita menterjemahkan semua perkataan yg bermula dengan imbuhan 'de' atau 'un' sebagai 'nyah'? Contoh: deselect= nyahpilih unplug=nyahpalam unshare=nyahkongsi delimit=nyahhad (walaupun delimit/unplug terdapat maksud dalam DBP, namun saya terjumpa terjemahan seperti di atas) Terima kasihMohon berikan contoh perkataan dalam ayat kerana terjemahan akan berbeza mengikut konteks ayat yang digunakan.Makna21.01.2021
Istilah sesuai bagi Unboxing yang merujuk kepada buka kotak sesebuah produk teknologi. Adakah buka kotak / nyah kotak sesuai digunakan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah unboxing ialah buka kotak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.09.2023
saya ingin menyemak alih bahasa English - Bahasa Melayu berikut. Hydrate - Terhidrasi Dehydrated - (membawa mak tidak terhidrasi) tapi boleh kah saya mengalih bahasa ke nyah-hidrasi atau dehidrasi? Terima Kasih

Puan Nur Aisya,

Padanan bagi perkataan "hydrate" ialah menghidratkan. Padanan bagi perkataan "dehydrated" ialah dinyahhidratkan. 

Istilah08.02.2010
12

Kembali ke atas