Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyah] | ڽه

Definisi : bk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik; mengenyahkan 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, meng­hapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; ternyah telah disingkirkan (diketepikan, di­hapuskan dsb), terhapus: kanak-kanak di­dedahkan kpd watak-watak “hebat” yg ~ drpd kualiti yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan; pengenyahan perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (me­lenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyah] | ڽه

Definisi : bk pergi: ~ engkau dr sini! me­­ngen­yahkan 1 menghalau supaya pergi; menyuruh pergi. 2 menge­luarkan: Paru-paru mengambil baha­gian penting dlm kerja ~ karbon dioksida. pengenyahan hal, proses menge­n­yahkan atau mengeluarkan; pem­buang­an; pengeluaran: Organ utama yg berkaitan dgn ~ bahan-bahan sisa dlm tubuh ialah buah pinggang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyah (kata kerja)
Bersinonim dengan pergi, berhambus, lari, nyit, siuh, keluar, sigak;,
Kata Terbitan : mengenyahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aseptic culturekultur aseptikPertanianAgronomi

Keadaan pembiakan tisu tumbuhan yang dilakukan secara nyah kuman. Contohnya, dalam proses kultur tisu, semua bahan dan peralatan perlu melalui proses nyah kuman dengan pemanasan dalam autoklaf bersuhu lebih 100o C atau menggunakan bahan kimia seperti klorin untuk membasmi semua jenis mikroorganisma. Semua kerja yang dilakukan dibuat dalam kebuk yang udaranya ditapis untuk mengelak pencemaran kuman dari udara.

de-de-; nyah-PerubatanTiadaAwalan yang bermaksud di bawah atau keluar.
disabling statutestatut nyah hakUndang-undangTiadaStatut yang menghapuskan kelayakan seseorang untuk menggunakan hak atau kebebasannya di sisi undang-undang yang sepatutunya dinikmati olehnya.
vapour discharge lamplampu nyah cas wapKimiaTiadaTiada
acetone powderserbuk asetonBioteknologiTiadaSediaan protein misalnya enzim yang dihomogenkan dalam aseton sejuk (-30oC), yang dapat menghalang autolisis dan nyah aktif enzim oleh bahan perencat.
monosyllabicekasukuKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan suku kata atau diksi yang terjadi daripada satu kata seperti yang, kau, pun, dan, tak dan nyah. Contohnya, perkataan yang dalam puisi "Demi Hari yang Kutemui" yang dipetik 'Hari ini aku yang masih di sini'.
vaccinevaksinBioteknologiTiadaSediaan antigen yang diberi untuk merangsang mekanisme pertahanan yang khusus terhadap patogen atau agen toksik. Vaksin terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu vaksin nyah aktif (vaksin kepialu dan kolera), patogen hidup, toksoid, dan ekstrak antigen.

Kembali ke atas