Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyala;

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemah perkataan "reignite, revive, reboot". Perkataan ini dicadangkan sebagai cogan kata.Kami mencadangkan reignite, revive, reboot diterjemahkan sebagai "nyala semula, hidup kembali, mula semula". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan12.01.2022
Apakah bentuk yang baku pula antara "tampak" dengan "nampak"? Dalam maya, ada orang mendakwa bentuk baku "tampak" kerana “tampak” lebih padan dengan lidah orang Indonesia. Saya berpendapat bahawa "tampak" baku bukan kerana kelumrahan pengucapan orang Indonesia, tetapi mungkin apabila menerima awalan me-, t menjadi n, iaitu "menampakkan", jadi kata dasar pastinya "tampak". Tetapi, saya tidak membuang kemungkinan bahawa "menampakkan" juga dapat berasal daripada "nampak" kerana huruf awal n juga ditambah dengan awalan me- dan kekal bentuknya, seperti nyala + me- ---> menyala (huruf n kekal); nanti + me- ---> menanti (jadi asal "menanti" tidak mungkin "tanti" kerana memang huruf asal n "menanti" huruf n juga, iaitu n pada "nanti"). Oleh itu, kedua-dua bentuk "tampak" dan "nampak" juga jitulah? Ataupun, ada orang salah memahami bahawa asal "menampakkan" "nampak" tanpa mengembalikan huruf awal n "menampakkan" kepada t yang usul pada "tampak", jadi hendaknya kata dasar "menampakkan" berupa "tampak"?Dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan sama ada pinta atau  minta, pikir atau fikir, tampak atau nampak merupakan satu variasi dan menunjukkan keunikan bahasa Melayu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. Sesungguhnya kita tidak boleh menghukum mengatakan bahawa sesuatu ejaan tersebut salah kerana sifat bahasa yang unik bagi konteks penggunaan p atau m. Pihak kami hanya  menjawab berdasarkan data rujukan kami, iaitu buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan serta bahan rujukan terbitan DBP. Bagi merungkai permasalahan yang lebih lanjut, puan/tuan bolehlah merujuk yang lebih arif tentang kajian atau pendapat puan/tuan.  Tatabahasa19.12.2016
Adakah perkataan kaus ada dalam penggunaan bahasa melayu? Kaus itu merujuk kepada penggunaan bahasa sehari- hari atau rasmi?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kaus merupakan perkataan sastera lama bagi perkataan kasut, sepatu: ini surat dari bawah ~ Raja Langit datang kepada Raja Melaka; 2. = ~ kaki stoking; ~ tangan sarung tangan; 3. kain tipis (yang jarang-jarang tenunannya); baju ~ baju daripada kain yang jarang-jarang tenunannya; ~ lampu sejenis kain kasa yang dipasang di atas nyala lampu gasolin; ~ pendek baju kaus yang pendek lengannya.Tatabahasa05.10.2014
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Mohon pihak DBP menjelaskan kepada saya kaedah menambah imbuhan awalan seperti me / men / pe dsb. Contoh: 1) sifat = menyifatkan (kenapa bukan mensifatkan) 2) pasti= memastikan (kenapa bukan mempastikan) DBP pasti mempunyai kaedah / sistem yang digunakan. Sekian, terima kasih.Awalan meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya, iaitu me, men dan meng. Bentuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi me apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, r, l, w dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nyala-menyala. Untuk keterangan lanjut dan berkenaan tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewab Edisi Terbaru.Tatabahasa31.07.2008

Kembali ke atas